Wednesday, September 28, 2011

BLACK PEPPER CHICKEN RICE


Homemade Black Pepper Chicken Rice
Wah bertubi2 akak meng'apdet' blog hari ni..bukan apa, bukan senang nak ngadap benda alah ni kalau anak2 tak tidur...yang no 2 asyik dengan otomennya..yang kecik pantang akak ilang dari pandangan teruslah menangis mencari...pendek kata susahla akak nak bersenang lenang dengan komputer ni...sekali nah amik nkau untuk hari ini saje 3 entri akak apdet hehe...
Ni nak citer pasal black pepper chicken rice ni...saje je nak test laku ke tidak kan..biasanya kalau yang biasa tu licin je selalu...biasalah anak2 memang sukakan nasi ayam...kalau g Mesra Mall nasi ayam je yang reti diaorang oder...usah kata anak2 ibu ngan abah pun LIKE juge :)
Bila dah siap masak, si Abe ngoh yang  memang penggemar no 1 nasi ayam kata "Wah ibu masak 'spesion' hari ni" haha geli hati ibu mendengarnya..almaklum tak reti nak sebut special...tapi gudla tu berani mencuba :)walau pun tak betukl sebutannya tapi ibu pahamla...
Sejak dua menjak ni kalau nak makan nasi ayam tak payah nak pegi cari jauh...ada kawan yang buat jual nasi ni..nak bgth namanya kan tak pasal2 kena marah kalau dia baca...tapi niat aku ikhlas nak promote...tapi semalam punya time aku sangka dia tak buat sbb dia baru balik dari kampung..tu yang aku buat sendiri nasi ni..ikutkan beli lagi cepat dimakan...tapi tak mengapalah lagipun dah lama anak2 tak merasa nasi ayam dari air tangan ibu...tapi kalau dah suka tu tak kira lah dalam bentuk apa pun persembahan nasi ayam aku ni tetap licin...lepas ni sebelum buat nasi ayam kena tanya dulu nak yang biasa atau yang black pepper...jawapan kompem dua2 sekali hehe...

Ciken with black pepper

wah selera sungguh anak ibu makan...






Tuesday, September 27, 2011

Sup ikan..disangka sup ikan haruan


Ini bukanlah resepi baru...lagi pula dah ber'time'2 akak membuatnya...tapi yang first timenya guna ikan ni.."ikan kacang" kata pakcik kat pasar.Dan inilah first time aku beli ikan ni...lupa plk nak snap wajah ikan ni...hehe..Ikan ni taklah segelemer ikan merah, atau ikan siakap..tengokkan rupanya yang berkepala lonjong menakutkan la plk rasa nak membelinya...pada hari aku beli ikan ni pakcik tu siap potong separuh kepalanya sbb aku kata aku takut tgk kepala ikan tu...pakcik tu siap rekmen sedap katanya ikan ni kalau dibuat asam pedas atau kari...sup dia tak cakapla plk pandai2 aku je menerai hehe...Bila dah siap terhidang cik abe aku yang memang sejak lepas kawen sampai sekarang memang tak arif mana pasal ikan terus tanya aku "Sup ikan haruan?? mana dapat?? memang pun nkau..bila aku tenung memang rupa ikan ni sebijik rupa badan ikan haruan , rasanya pun lebih kurang...yang pasti tak kisahla ikan apa pun janji mangkuk licin hehe...len kali ibu lagi ya...:)

Janggut ..Oh..Janggut

Akhirnya selesai jua..fuhh lega.Bagai nak muntah dibuatnya gara2 kerja men'transfer' pokok janggut ni...disebabkan dah terlalu lama, pokok dah semakin tebal, gelung dawai dah semakin berkarat, dan ada setengah tu dah patah jadi terpaksalah pokok ni dipindahkan ke gelung yang baru...kalau ikutkan bercintalah jugak nak menyudahkannya...sayang punya pasal ku rajinkan jua diriku ini..ginilah kalau dah minat dan sayangkan pokok bunga...dah sebati dengan hidup aku berhobikan tanam bunga ni...sejak dari bangku sekolah lagi aku dah start hobi tanam bunga ni..teringat lagi masa sekolah dulu kalau cikgu tanya pasal hobi jawapan aku mesti tanam bunga...ya lah kan nak buat hobi kumpul setem tak reti nak tulis surat nak cari penpal :) Alhamdulillah sampai sekarang hobi ini terus melekat..bukan sekadar hangat2 tahi ayam atau pun meniru sapa2...kalau meniru rasanya pokok pun taklah sebanyak sekarang Tambahan pula jiran2 aku pun ada hobi yang sama...seringkali kitaorang bertukar pokok2 bunga..dan kadang kala sama2 pegi serbu nursery...
Inilah rupa pokok janggut yang dah patah gelung dawainya inilah keistimewaan pokok ni tak perlu guna tanah hanya lilit pada dawai

Setelah siap dipindahkan ke gelung dawia yang baru

Dah selamat digantung

jangan lupa disiram...dan disembur air baja


Saturday, September 24, 2011

Biar busuk tapi sedap

 'Busuk2 pun sedap'...yang gemar akan kata cam tu lah...tapi kalau yang tak gemar mesti kata ' ee apala..busuk2 macam tu pun boleh mkn'..siap tambah ' ee gelilah'..:) tak kisahlah kan.Kegemaran masing2...biasalah orang kampung macam aku ni semua benda aku makan je. Asal aku boleh makan, aku mkn..kalau takleh makan nak buat mcm mana kan...Apa yang busuk yang sodap tu???...inilah dia ikan pekasam made by me :)


 Inilah rupa ikan pekasam aku..tak nmpk sgt sbb ditutupi bawang
 
Inilah kisahnya nak stori mori pasal gmbar ni....gila lama tak makan ikan pekasam ni. Cam meleleh plk air liur aku ni bila teringatkan ikan ni..biarlah korang kata busuk pun, tapi pada aku sodappp..Sarapan pagi kalau goreng ikan pekasam ni pekena dengan nasi panas2 pergh sodap...mau bertambah2 ni..lupa sekejap pasal diet nak kempiskan perut..tapi cik abe aku suka lagi kalau ikan pekasam ni dimakan bersama 'nasi goreng bodo'...wah ganas bunyi nama nasi goreng ni...kenapa kitaorg panggil nasi goreng bodo sbbnya nasi goreng ni nasi goreng yang simple amat.

 Inilah rupanya "nasi goreng bodo" aku, walaupun tak berseri tapi sedapla pada anak tekak aku ni

Tak payah nak letak ayam, udang,sotong and macam2 just letak telur sebijik..tak pun kalau ada lebihan ikan goreng mlm tadi..nko tumbuk je Jah pastu nko campak je dalam kuali..dah siap.Senang je dan tak menyusahkan diri.Tak payah nak belek resepi bagai...cewah copy ayat Chef Wan tuh hehe...combination ikan pekasam dan ns goreng ni kiranya peberet aku dan cik abg laa..ada lagi yg peberet tapi ini salah satu lah kan..dlm pada dok sarapan tu sempat lagi aku berangan nak jd pengusaha ikan pekasam hehe...wah pengusaha tuu..mcm projek juta2 plk bunyiknya..nasi kerabu dah tutup buku, walaupun masih ada permintaan tapi rasanya dah pencenlah kot...tak larat..takpun kalau still ada lagi permintaan tggulah Aqish besar dulu...itupun kalau Aqish belum dapat adik..kalau Aqish dah jadi "Abang Chik" mmg pencen teruslah dari buat ns kerabu..berblk pada angan2 aku tadi...boleh apa...walaupun suami aku tak reti nak memancing tapi ikan air tawar ada je jual kat pasar...nak seribu daya taknak seribu dalih...yang penting ada kemahuan disitu ada jalan...dapatlah aku tambah duit poket sikit2...kan?? wah cam dah promote je bunyiknya muahaha..

Tuesday, September 20, 2011

Syabas Aqish


Nak kongsi citer pasal anak no 3 aku Aqish Rifqie bin Mohd Yusri..wah fullname gitew...Sekarang usia Aqish sudah 10 bulan ++...Alhamdulillah senang menguruskan Aqish ni, tak thlah sbb masih kecik kan. Nak compare dgn kaklong dan abg ngah, Aqish mudah mesra dengan sesapa saje...dengan kata lain tak takut org la..boleh je sapa2 yang nak dukung dia...tak tahulah sekarang ni ok je aqish kalau jiran2 aku dukung dia..Macam kaklong and abg ngah,Aqish pun cepatlah jugak tunjukkan skill dia..dari meniarap, merangkak dan sekarang berjalan...pada usia 10 bulan Aqish sudah mula belajar menapak.Menjejak kaklong dan abg ngahlah jugak...semuanya tak sampai setahun dah berjalan...tapi kalau awal2 berjalan ni tak larat nak kutip laa...tapi yang best tu kuranglah sendi2 ibu lenguh berdukung dia...

Inilah gambar aqish yang sempat aku snap, tapi kualiti gambar kureng sebab guna hp cikai aku, gambarnya taklah secantik guna BB or iphone...mistik pun ada rupanya haha, bila objek bergerak gitulah jadinya..apapun syabaslah untuk Aqish..

Sunday, September 18, 2011

Akok from Kemaman




Alhamdulillah syukur nikmat :)
Kuih kat atas tu telah selamat berlepas ke dalam perut dengan selamatnya..
baru je tadi kawan sebelah rumah antar..
Wah lajunya terus hupdate tuan punya blog ni ya..
yalah kan nanti kalau dah jadi baja tak guna nak hupdate
Kuih akak namanya...ini yg versi terengganu
Pemberian ikhlas dari jiran sebelah atau panggilan mesra anak2ku dan anak jiran yg lain
"Cik Lin"...ni kalau Nora jiran depan rumah baca ni mau jeles ni muahaha...
Sebenarnya masa bulan posa yg lalu..
adala kami berbual pasal kuih akak ni
Susah nak cari akak yang sedap kat Paka ni
Kiranya kuih akak yang ni kenalah dengan citarasa Lin jiranku itu
tapi bukan kat Paka, kuih ni kat Kijal Kemaman
Kebetulan hari ni Lin ke Kemaman, dia belilah
kuih akak ni nak bagi aku rasa..lagipun katanya dia tahu aku sukakan kuih akak ni
Apapun terima kasihla pada Lin..diatas ingatan tulus ikhlas mu itu..
Kuih ni dah selamat kakti n anak2 makan
Yang best tu Abengoh bersungguh2 makan kuih ni

Thursday, September 15, 2011

MEMOTONG KUKU

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan

Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk
kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

puasa 6

Hari ni sambung balik posa 6. Baru buat 2 hari. Ikutkan nak start hari ahad and then jumaat cukuplah 6 hari. Sabtu dah boleh beraya wah raya lagi hehe...raya untuk diri sendiri le kan.Tapi sekarang schedule sudah lari...sebab sudah 2 hari tinggal.Yang bestnya posa 6 ni suami ku ikut serta. Jadi taklah penat nak masak utk lunch. Anak2, aku tapaukan je makanan utk diaorg. Lagi pun yang no 2 dapat telur mata kebau and kicap dah ok.Hari2 itulah yang dia request kat ibu dia ni.."Ibu nak nasi ngan hicap nga helur" slang abengoh hehe...yang sulung kalau dapat bihun sup dah ok..sekian laporan untuk hari ini..wassalam

Tuesday, September 13, 2011

Orkid

Sudah lama tak update blog ku ini. Sudah 3 bulan lamanya. Nujie, nmpknya kakti belum boleh jadi blogger tegar seperti nujie hehe...kadang idea nak menulis tu ada, tapi masa pula tidak mengizinkan. Ditambah dengan anak2 yang tak sihat dan rutin harian yang tak pernah habis kusimpankan saje hasrat nak berblog itu.

Kali ni nak bercerita tentang minatku kepada orkid.Mula2 keladi, pastu bunga kertas..sekarang okidla pulak. Baru2 ni jiran2ku yg mempunyai hobi tanam pokok bunga mengajak aku ke nursery..biasalah nursery peberet Rohana Nursery. Hajat dihati nak cuci mata pada mulanya,tapi aduyai tercuci poketku sekali.Ntah kenapa hatiku terpaut dengan kecantikkan bunga orkid yg pelbagai warna dan murah2 saje. RM5 sepokok mmg cukup murah. lagi pula pokoknya cantik dan segar.Apalagi aku memulakan langkah pertama dengan membuat pilihan mengikut warna bunga yang belum ada dlm koleksiku..macamlah byk koleksi yang ada itu pun nasib baik jiran sebelah rumah bermurah hati nak bg anak orkid.Nak tanam okid hati kena tabah sikit, walau pun senang nak tanam sbb pakai arang je, tapi kalau tak cukup baja okid tak berbunga juga..terlebih air pun pokok boleh mati, kurang air batang pokok jadi kering.


Pilih punya pilih..ntah kenapa hatiku terpaut pada warna kuning. Walau pun semua kuning tapi lain jenis. Kali ni kena tanam dan bela betul2 pkk okid ni.Sbbnya cik abe sudah sound aku, katanya sayanglah masa ada bunga ni bila dah hbs bunga mulalah terbiar pokok tu. Macam habis madu sepah dibuang pulak bunyiknya kan. Cabaran jugak tu...kenalah jaga elok2 lepasni...

 Inilah okid yang berkenan dimata aku, ada lagi yang berkenan tapi bajet ciput huhu
Dua pasu kat depan tu pokok lama tapi baru2 ni kuar bunga.Itu yg membakar semangat
untuk menambah koleksi.