Sunday, May 1, 2011

Ku-Ku Duckbill


Sekarang dah jadi trend untuk memiliki botol susu BPA FREE. Dikatakan botol susu yang bpa free dapat mengelakkan toksin atau bahan kimia dari botol susu mengalir ke dalam badan anak kita. Terdapat pelbagai jenama di kedai dan harga pun average sahaja bagi setiap jenama.

Sebelum ini aku hanya menggunakan botol susu biasa sahaja, yang mana harganya jauh lebih murah.Kadang 3 botol susu tak sampai rm15 pun. Bunyinya memang jimat, tapi kalau dicampur kos menukar botol susu ini 3 bulan sekali harganya sudah melebihi harga membeli sebotol botol susu bpa free ni.Lagi pula botol susu ini mempunyai tempoh selama 5-10 tahun.

Ku-ku duckbill ni aku tak pasti sama ada ianya produk baru atau yang dah lama establish.Rujuk pada kotak dah wujud since 2001.Aku pilih jenama ini kerana putingnya boleh disuai padan dengan yang biasa dikedai.Bagi anak yang susah bertukar puting, sesuailah dengan produk ini.

Sebelum ini aku tak kisah sangat bila orang bercakap tentang bahaya bahan kimia pada botol susu ataupun barang plastik, kini kesedaran itu datang dengan sendiri. Bukannya membeli suatu yang mahal untuk menunjukkan prestij kita, tapi demi kebaikan anak-anak. Bersyukurnya rasa, anak kita mampu menggunakan botol susu sebegini, tapi bagaimana pula anak-anak yang datangnya dari keluarga miskin.Aku harap suatu hari nanti botol susu BPA free ni akan mampu dimilki sesiapa sahaja tak kira miskin atau berada.
Dan sekarang botol susu ini telah dimiliki oleh Aqil dan Aqish...save bajet 10 tahun. In case kalau pecah barulah tukar baru.

No comments:

Post a Comment