Pernah tak korang tiba2 rasa BENCI ATAU MENYAMPAH melihat seseorang tanpa sebab?? Tak kisahla sama ada secara live atau dalam blog ataupun dalam facebook...sehinggakan korang rasa bila hari2 melihatnya boleh membuatkan korang rasa menyampah.Asal tengok saje terus korang rasa BENCI ATAU MENYAMPAH...kalau itu yang korang pernah rasa itu bermakna korang telah mendapat satu penyakit yang dipanggil PENYAKIT HATI. Ahaa....bahaya tu kalau dah dapat penyakit tu..sbbnya kalau dalam istilah saintifik benci tanpa sebab boleh menghala kepada DEPRESSION atau tekanan jiwa.Itu dah sampai tahap kronik tuh...SO...kalaulah ada diantara kita yang mempunyai perasaan begini cepat2lah kita ubati sebelum ianya terus merebak. Bagaimana nak mengubati penyakit ini...hendaklah kita:-
- Membiasakan diri dengan berzikir kepada Allah
- Membaca Al-Quran dan sebolehnya memahami maksudnya
- Memperbanyakkan amalan sunat seperti puasa dan solat sunat diwaktu malam
- Banyakkan menangis bertaubat kepada Allah
- Berkawan dengan orang yang soleh atau yang banyak tahu tentang ilmu agama
Banyak lagi Penyakit hati sering melanda umat manusia hari ini...antaranya dengki dan irihati, riak , takabur dan suka syak wasangka...sebenarnya kalaulah ada org yang menyampah terhadap kita itu sebenarnya berpunca dari kita sendiri. Kita sendiri yang mengundang kepada kebencian org terhadap kita. Contohnya dalam berkawan atau pergaulan sehari2 mungkin ada dikalangan kita terlalu menunjuk2, suka bercakap besar atau berbangga dengan apa yang kita miliki, atau suka menyindir2.Ada juga dikalangan kita yang terlalu JUJUR. Suka bercerita tentang kelebihan suami, kepandaian anak2 atau kebolehan diri sendiri. Ada tak korang begitu ataupun dikalangan sahabat kita yang begitu?? Terlalu jujur pun kadang memakan diri sendiri sehingga boleh menyebabkan seseorang boring bila berbual dengan kita. Sapa tak boring kan asyik dengar cakap dia je kan? kita pula asyik mengiyakan aje....Oklah panjang lebar pulak aku berkata2...bila aku tulis pasal tajuk ini, aku jugak tgh pk pasal aku jugak...kalau adalah sesapa yg pernah ada rasa yang begitu terhadap aku, aku tak akan menyalahkan dia. Mungkin ada sebab dia berperasaan begitu. Aku akan sentiasa memperbaiki kelemahan diri.Aku akan maafkan saja sebab aku tak mahu ada yang terhutang dengan aku atau susah nak cari aku kat akhirat nanti...kihkih...nih nak pinjam wording lagu Jamal "AKU MAAFKAN KAMU, TAK PERLU KITA BERTEMU, CUKUP KAU TAHU, YANG AKU MAAFKAN KAMU, TOLONG TERUSKAN HIDUP, JANGAN SEBUT NAMAKU"jadi kalaulah ada PERASAAN BENCI TANPA SEBAB cepat2lah berubat sebelum ia menjadi barah.
Saya ade benci jugak kat sorang cg ni tanpa sbb.Cg ni baik tapi saya x tau kenapa benci dy,maybe sbb muka dy muka sombong kot.Kalau tersempak dgn dy kadang2 saya rasa menyampah gile sampai x bagi slm.
ReplyDelete