Assalamualaikum
Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa menjengok blogku ini
sama ada rakan2 blog atau pun sesiapa sahaja.
Hari ni dalam pada aku berblog walking menjenguk blog entah sapa2
tiba2 aku tertarik dengan artikel mengenai SOLAT DHUHA
Sempena hari jumaat yang penuh keberkatan ini terasa ingin aku kongsikan mengenai Solat Dhuha ni.
Banyak hikmah solat dhuha ni sekiranya kita amalkan. Sebelum ni pun adala juga aku buat solat ni, tapi sejak dua menjak ni bukan malas tapi keadaan tak mengizinkan. Berblog and fb mengizinkan plk muahaha...bukan begitu sebenarnya, waktu pagi kekadang sibuk sikit dengan kerja2 rumah, menguruskan anak2...tapi kalau korang baca mesti korang kata alasan aje tuu kan..hehe...itulah betul la kata pepatah nak seribu daya taknak seribu dalih. Apapun terpulang kepada hati kita bagaimana untuk melaksanakan sesuatu yang sunat ni..ingat lagi, pernah aku terdengar dalam ceramah kat radio yang sunat inilah akan backup yang wajib.Perkara2 yang wajib kita buat tu pun belum tentu 100% allah terima kan.
Oklah berbalik kepada penerangan Solat Dhuha ni.Sesuaila dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi.Waktu dhuha bermula kira2 20 minit selepas terbit matahari.Atau disebut dalam kitab2 fikah sebagai tinggi matahari daripada pendangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira2 dua meter.Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur.Jadi masanya antara pukul 7 pagi hinggalah 1 petang.Berdasarkan hadis2 Nabi ,solat sunat dhaha ini dilakukan seperti solat2 lain. Cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w selepas Al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh
Uqbah bin Amir ,ialah surah Al-Syams pada rakaat pertama dan Al-Dhuha pada rakaat kedua.
Namun begitu perkara bacaan dalam solat ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik.Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kafiat tertentu dan bacaan tertentu.Apa yang penting , solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat2nya dipenuhi dan rukun2nya disempurnakan sebaik2nya.Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut. Mintala apa yang tersirat dihati kita, hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan memohon pertolongan
Doa yang disarankan ::“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

No comments:
Post a Comment