Sunday, January 29, 2012

Amalkan Sunnah Rasulullah SAW dalam Rumahtangga

Boring2 cenggini apdet blogla kerjanya :)) Kain semua dah berlipat...tunggu yang kat ampaian kering je lagi. Makan tghr pun dah...nak tgk tv macam takda citer best jek....so, inilah kerja cik kak ni kalau ada masa pree begini...Ewah laju plk apdet blog sejak dua menjak ni ek..ada saje tajuk baru yang kuar ya...sapa2 yang rasa rajin nak baca dan rajin sekodeng blog aku ni silakanlah membacanya ek...lagipun apa yang aku rasa bgs aku sharekan aje...hari ni aku nak share pasal hubungan suami isteri sebagaimana yang Rasullullah s.a.w sarankan.Perhubungan suami isteri yang sihat amat dituntut oleh Islam. Amalkan Sunnah Rasullullah s.a.w., InsyaAllah rumah tangga bahagia hingga ke hujung usia walau apa pun ujian dan dugaan yang datang. Inilah antara amalan suami isteri yang Rasulullah s.a.w amalkan. Jadi bila korang baca janganlah plk korang rasa geli ke apa ke..mmg ini yang nabi kita pernah buat..

TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI - Dari Atha` bin Yasar RA, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. dan Aisyah RA biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.” Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau”. (Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)

MANDI BERSAMA ISTERI - Dari Aisyah RA beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana.Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tesebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

MEMBELAI ISTERI - "Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA - Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuahanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA - Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan ..... apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA - Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).


No comments:

Post a Comment