Mari kita berkongsi ilmu dari pembacaan aku...ilmu yang bermanfaat dibawa ke mati..betul kan korang? kata org berkongsi ilmu ni tak rugi, esok kalau meninggal dan seseorang yang mendapat ilmu dari kita dan menyebarkan kepada org lain..kita yg dalam kubur pun tetap mendapat ganjaran pahala dari Allah...Sbb itu tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad...jangan asyik nak buat harta saja kan...harta banyak2 pun akan kita tinggal jua bila mati kelak...dahla tu kat akhirat esok2 siap kena hisab lagi...nak2 plk yang tak keluar zakat..wallahualam lah kan...
Surah
ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya
pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan... ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.
thanks 4 da info.. sudah follow kamu jugak darl :)
ReplyDelete