Thursday, January 26, 2012

TONSIL

Alhamdulillah lega rasanya bila anak2 dah baik dari demam. Ni kiranya 1st n3 akulah nak stori mori pasal anak2 yg demam ni..... Oklah diaorg ni demam bukan serentak, kiranya lepas sorang, sorang lagi yg kena.Actually anak2 aku ni baru je lepas kena selsema seminggu sblm raya cina..then sekarang demam balik..mula dengan Aqil, kemudian Aqish diikuti Kaklong.Tapi kali ni demam diaorg agak teruk dengan suhu badan yg tinggi. Lps jumpa doktor barulah aku tahu anak2 aku rupanya ada TONSIL. Dulu dua anak bujang aku sempot sekarang tonsillah pulak...nak buat macammana redha ajelah....tapi yang sadisnya tonsil ni menyebabkan anak2 aku takut nak makan disebabkan perit dan sakit yang amat di bahagian tekak. Disebabkan perut diaorg kosonglah mendorong suhu badan yg tinggi dan masalah biasa yang dihadapi ibu2 lain iaitu anak2 meragam dan merenget2...yang mana ada anak2 yang mengidap tonsil ni tahulah macam manakan? Ok sekarang meh aku nak share dengan uolls pasal tonsil ni jommm...

APAKAH ITU TONSIL
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan.Tisu limfoid boleh membengkak sekiranya ada jangkitan.Apabila terdapat jangkitan didalam tekak sebagai salah satu sistem limfatik ,tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut TONSILITIS atau radang tonsil.
   
APAKAH PENYEBAB DAN GEJALA TONSILITIS
 Tonsilitis boleh disebabkan jangkitan virus atau jangkitan bakteria didalam tekak. jangkitan bakteria boleh meyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Antara gejala tonsil ialah:
  1. sakit tekak yang kadang2 teruk
  2. tidak boleh menelan atau sakit ketika menelan
  3. demam dengan suhu yang tinggi
  4. sakit kepala dan sakit2 badan
  5. suara garau atau hilang suara
  6. kadang2 ada bengkak pada leher
  7. mulut berbau busuk
  8. berdengkur sewaktu tidur
LAGI YANG PERLU KITA TAHU
  • Radang tonsil biasa berlaku dalam umur 3 tahun keatas. Kanak2 2 tahun kebawah biasanya jarang terkena tonsil namun tidak terkecuali.
  • Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya.
  • Penyakit berhenti bernafas ketika tidur boleh disebabkan pembengkakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan.
KAEDAH RAWATAN
Kebiasaannya doktor akan memberi antibiotik kepada pesakit. Pembedahan membuang tonsil adalah jalan terakhir akan lakukan bagi mengelakkan radang tonsil berulang.Tapi awas ada pendapat pakar yang mengatakan pebuangan tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan.
Berbalik kepada kisah anak2 aku tadi, kata doktor tahap radang tonsil yang anak2 aku alami belum lagi sampai ketahap yang membimbangkan. Tapi doktor menasihati sekiranya radang tonsil ini berulang dan terjadi sekitar 5 kali setahun agar tonsil ini dibuang. Gulpps..telan air liur aku mendengarnya...aku tahu tonsil ini pasti akan berulang. Tapi aku harap janganlah sampai ke tahap perlu dibuang.....

 Demam yg 2nd round, Aqiel org pertama 
yang kena. 3hari tak boleh makan sebab sakit sangat
 kat tekak...

Lepas abg ngoh,adik Aqish plk yang ganti
Kali ni ibu penat sikit sbb si kecik asyik nak berdukung dan merenget saje
 minum susu dan makan langsung tak boleh.Air
  liur sendirik pun takleh telan, habis basah baju...

Last, kaklong yang kena...melepek sajalah dia. Azam
tahun ni taknak tinggal sekolah dan kelas KAFA tidak tercapai.Takpalah kaklong,
jangan keciwa...walau attendance tak 100% pun takpa janji  semua subjek dapat A ok...





2 comments:

  1. sian bila anak2 kita sakit kan kakti..kita pun sakit sama2..huhu..hope mereka cepat sembuh dan aktif seperti sediakala...ibunya kena jaga kesihatan jgak,berbadan dua tu...hihiiii....

    ReplyDelete
  2. tenks ida 4 da comment. Alhamdulillah sekarang sume dah ok...letihla jgk menguruskan anak2 demam ni, tapi kena kuat dan tabahla.Kakti ok je...situasi mcm ni dah biasa.

    ReplyDelete