Monday, June 6, 2011

Citer lama

Lamanya tak jenguk blog den nih, sibuk menguruskan budak yang lelah sorang tu. Entah mana datangnya tetiba jer terkena.Tapi kata mak aku masa aku kecik2 dulu, aku pun selalu kena lelah ni.Lelah macam ni kata mak aku bila dah besar ilanglah.Tapi aku tak maulah sampai ke besar, kalau boleh biarlah anak aku cepat baik. Kalau boleh janganla ada lagi lelah selepas ini.
Baru2 ni pun aku dah gelabah bila doktor suruh refer ke hospital dan buat x-tray. Lepas je buat X-tray rupa2nya paru2 Aqil dah ada jangkitan kuman, alhamdulillah nasib baik sikit jer dan belum lagi merebak.Merasalah aqil dok kat wad 3 hari.
Sekarang aqil dah beransur pulih, lelah ilang demamlah pulak…ini semua cubaan dari Allah dan aku redha.First time kena pada hari ulang tahun kelahiran aqil.Aku dah prepare barang kononnya nak buat sendiri kek besday untuk teruna aku ni.Tapi apakan daya aku hanya merancang tuhan yang menentukan. Taklah terbengkalai terus Bila tengok Aqil dah ok, aku pun melaksanakanlah projek yang terbengkalai itu. Sempatlah aqil posing dengan kek besday dia yang tak seberapa itu. Walaupun dah 2 , 3 hari terlajak dari tarikh besday dia.

Inilah rupa kek Aqil..tak muat dah nak tulis ‘hepi besday’ just put his name oklah tu kan.




2,3 hari lepas potong kek ni, abg ngah kena masuk spital, cos lelah datang balik.

No comments:

Post a Comment