Saturday, February 18, 2012

Februari,23


Aku suka sangat dengan Lisa ni. Comel dan cute jer wajahnya...tapi taklah peminat fanatik...tak semua citer dan lakonan Lisa aku tgk...sesetengah je aku layan pun...bila usia dah meningkat ni, kadang2 je aku amik tahu pasal artis ni...bukan masa remaja dulu..semua pasal artis amik tahu dan semua lagu hafal..siap ada satu buku khas untuk tepek lagu je haha...
Adala aku terbaca satu artikel..dengar2 Lisa akan berkawen dengan Yusri KRU pada 23 Februari ni...ermm tarikh besday aku tuh hehe...promote nampak Lisa potong kek kawen aku potong kek besday hehe..tapi aku punya kek besday ada kew??? kalau ada pun malaslah nak tepek kat blog nih...bukan takut org kata nak nunjuk tapi kalau kat paka ni kedai kek sweeden tu lah satu2nya kedai kek yang ado pun....mmg dah tahu design kek macam mana...:p
Alahaii dah tua2 begini..oppsss...teringat pesan kawan aku jangan guna istilah 'tua' tapi gunakan 'usia dah meningkat' lebih sedap didengar...dan lebih sopan ayatnya hehe...thanks frend diatas teguran...yalahkan bila usia dah meningkat ni pada aku tak sambut besday pun takpala....cukuplah tanda bersyukur kepada yang maha Esa kerana masih mengizinkan kita berada dialam maya ini....tapi gitulah fitrah manusia ni mesti nak sambut besday kan?? nak2 pula kalau orang tersayang buat dek je mesti moncung je...lps tu mulalah merajuk sendirik :))
Apapun...tak lama lagi besday aku ..promote lagik aku harap Allah taala panjangkan usia aku dan murahkan rezeki buatku serta sihatkan tubuh badanku untuk lebih gigih beribadat kepadaNya..Amin...














Tuesday, February 14, 2012

MASAK LEMAK BERKARI UDANG KARA

 Udang Kara

Hari ni aku nak share pasal Udang Kara(udang ketok org tganu panggil) ni..apa korang rasa bila melihat rupa udang ni?? nak tahu nilah 1st time dalam hidup aku melihat udang ni dan dapat makan udang ni.
 Almaklumlah aku ni org dari bukit dan sawah padi, bukan orang pantai
mana nak jumpa benda alah ni. Sejak menetap di Tganu nilah banyak jenis ikan 
aku kenal..kesiankan ngeh..ngeh..ngeh...
Udang Kara ni aku beli dengan jiran aku..kirimlah kat dia time dia balik kg.
Sebabnya kalau kat Paka ni susahla nak jumpa udang ni..dengar citer dari jiran aku pasal udang ni
bikin air liur ku meleleh hehe...taklah mengidam pun
tapi teringin nak mencuba, aku ni pantang orang bercerita tentang makanan yang pelik dan yang tak pernah aku rasa, mesti aku nak cuba..teringat lagi suatu ketika dahulu adala jiran lama aku bgth aku pucuk betik sedap dicelur dan dibuat ulam. Ahaa..bab2 ulam2man ni pun aku suka. Lepas tu aku cubalah pucuk betik ni..mak aii pahitnya tak reti aku nak cakap..pelik sggh pahitnya...sampai sekarang aku mmg tak mkn pucuk betik...tak cuba tak th, bila dah cuba baru tahu sedap ke tak kan...kan dah padan muka aku haha...
Masa dapat udang ni...aku ok je tapi cik abg aku terkezut melihatnya..katanya menakutkan..pelik je rupanya.Boleh ke nak makan ni? Tapi bila dah siap aku masak dia plk yang beria2 mkn..:)))

Masak Lemak Berkari Udang Kara

 Bila dah masak camnilah rupanya udang ketok ni...cam bestla plk. Sblm masak udang ni, kepala dia kena ketuk macam masak ketamlah jugak.Badan dia pun kena belah kat bahagian bawah.Barulah senang nak mencokik hehe...
Mesti korang kompiuskan dengan nama masakan aku ni kan..dahla masak lemak, berkari plk tu...kalau kari, karilah kan..apa lemak2 lagi kan kuikui...:)))
Asal2 memang masak lemak tapi aku saje letak kari sikit dan tumis bahan2nya...kiranya ni idea tersendirila tapi tak tahulah kot2 dah ada chef yang dah masak macam aku nih..kwang3. Ok nih nak sharelah resepi aku nih...tapi kalau korang buat tak sedap jangan salahkan resepi aku tau ngeh3...masak2 ni semua orang boleh masak..tapi kalau kita tersilap letak rasa yang secukup rasa tu, resepi dari Chef Wan pun kadang boleh out jugakkan..betul tak?? Jom tengok bahan2nya:

Udang atau Ketam
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
Seinci lengkuas
seinci kunyit
seinci halia
(semua bahan ini dikisar)
Santan agak2la kalau nak kuahnya pekat guna santan yang betul2 pekat,kalau nak berkuah guna santan cair
Satu sudu teh serbuk kari tak kisah kari daging atau ikan
Dua batang serai dititik
sekeping asam keping
Garam ,gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-caranya:
Tumis bahan kisar. Campurkan serbuk kari dan serai. Tumis sehingga naik bau. Masukkan perisa dan asam keping.
Kemudian masukkan udang/ketam. Last masukkan santan.
Aku suka letak perasa diawalnya sbb nak bg perasa tu meresap kedalam udang.Just little bit jer jgn terlebih.Lps tu sebelum padam api tu aku trylah dulu kot2 terkurang masinnya boleh tambah lagi. Sharing is caringkan..so selamat mencuba :))







Sunday, February 12, 2012

CANTIKNYA SITI BERTUDUNG

Cantiknya Dato' Siti bertudung penuh begini...