Monday, September 24, 2012

KEK STRAWBERI


 ASSALAMUALAIKUM..
Sekarang ni tengah rajin nak buat kek...kalau ada masa tu akan siaplah sebijik kek...kalau tekak dan perut kata nak kek mmg kena buat gakla...tak blh ditahan2 lagi bila mood dah berkobar2..takut nanti semua tak jadi...alhamdulillah sejak datangnya mood nak buat kek ni selalunya kek menjadi je..tak mcm yang lepas2 kadang keraslah, terhangitlah, tak masaklah..macam2 ter..lagilah..bila kes macam tu lah yang membantutkan semangat nak mencuba tu...

Kekni sebenarnya ikut resepi kek span dlm n3 kek tiramisu tu...cuma yang ni kakti guna strawberi emulco dan letak mayonis 2 sudu teh..saje je nak try apa rasa kalau letak mayonis..takda rasa apa2 pun biasa saje..

Untuk topping kakti guna lebihan krim cheese masa buat tiramisu tu..benda dah ada jadi guna ajelah..baru tak membazir.. itu ajelah citer pasal kek nih..tak reti nak bercerita tapi tetap nak tepek gak gmbr ni kat sini..



Sunday, September 23, 2012

TEMPAHAN LAKSA

Assalamualaikum....
Ehem terajin plk kakti apdet blog sekarang ni
Bukan apa sbb sekarang dah ada berokben sendiri, jadi sayangla plk kalau
Tak dimanfaatkan sepenuhnya kan..rugilah dok bayar saje kan
jadi ada peluang kakti tepek jek apa yang patut kat blog ni

Sebenarnya tempahan laksa ni pada hari jumaat yang lps
Cik abg kutip duit shif lps tu pakat sama diaorg nak mkn laksa
Saje je kakti meng'ofer'kan diri nak buat
Dapatlah sen sikit kata org teganu kita
Mana tahu lps ni ada tempahan lagi
rezeki jangan ditolak kata org..ahaks

Alahai bukannya kakti ni mata duitan..dengan anak kecik lagi
tapi kesian plk bila tak tahu nak cari org
yang buleh buat laksa kelate ni..tu yg oferkan diri tu
Oklah...tak susah mana pun nak buat..
tapi buat utk 30 orgla jgk..penatlah sikit biasala tukan
buat dengan seikhlas hati, hasilnya pasti memuaskan :-)))

 



Wednesday, September 19, 2012

KEK TIRAMISU

Assalamualaikum....
Hari ni tercapai jua hasrat nak buat Kek Tiramisu ni...dah lama tak buat kek tiba2 datangla plk semangat nak buat...sejak2 lepas pantang ada saja mengidam nak mkn itu ini...biasanya orang mengidam taim peknen je tapi kakti terbalikla plk..ehehe..lagi satu anak2 asyik merungut dan asyik bertanya bila ibu nak buat kek..dah lama ibu tak buat kek kata anak2..sianlah plk..belek2 resepi terbekenanla kat tiramisu ni..rasa cam senang je nak buat kek ni.

Semalam ajak cik abg ke kedai supply bahan2 nak buat kek kat Dungun...belilah apa yang patut..hari ni ada lagi yang tak cukup pegi beli kat Tunas Manja je...sebenarnya ikut resepi kek ni mudah sbb kita tak perlu buat kek..beli je apa2 kek span kat kedai..lps tu renjis dengan air kopi nak bg kek tu lembap sikit tak perlu basah lenjun..anak2 suka kek coklat..tapi takda jualla plk kek span coklat dekat2 sini..so terpaksalah buat sendiri kek span coklat tu...mkn masalah juga nak siap..sib baiklah yang no 4 sedap lena diulik intan dapatlah kakti siapkan kek span coklat tu...beserta dengan cream cheese sekali.

Berdebar jugala nak buat cream cheese tu sbb ferstaimkan..tak boleh bayangkan cam mana rupanya yg sebenar..mmg betul2 ikut resepi step by step..alhamdulillah jadik jugak...




Jom kakti nak share resepi yang dah kakti buat ni..untuk kek span coklat, festaim jgk buat alhamdulillah mantopp and excellent..lembut sangat2..boleh digulung2...terjumpa resepi ni kalau tak silap blog kak ita (kakti dah link kan tu..lupa nak tukar color tulisan)cubalah tgk..tapi kakti dah edjas sesetengah bahan sbb tak ada penimbang..jom tgk...
Inilah resepinya:
KEK SPAN COKLAT
5 biji telur (kakti guna 4 biji je sbb takut melimpah acuan saiz 7")
125gm gula kastor ( kakti guna satu cawan)
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovelette
100 gm tepung( kakti guna 1 3/4 cawan tepung Blue Key)
40ml air sejuk
20 gm serbuk koko ( kakti pakai satu sudu besar penuh)
70gm butter(agak2 dlm separuhla)~dicairkan

Caranya
Campurkan semua bahan kecuali mentega.
Putar hingga kembang
last sekali masukkan mentega yang telah dicairkan( pastikan dah sejuk)
tuangkan dlm acuan bakar pada suhu 170c selama 30 minit.Lps tu buat 2 atau 3 layer terpulang..

CREAM CHEESE
300 ml non diary whipping cream
250gm cream cheese...tak kisah brand apa pun
50gm mentega
1 cawan gula aising

Caranya
Putar whipping cream sehingga keluar tanduk (soft peak). maknanya bila diterbalikkan mangkuk ianya tidak jatuh.
Dlm mangkuk berlainan putar cream cheese+mentega+gula aising.
kemudian satukan dengan whipping krim dan putar lagi sehingga sebati..lps tu bolehla disapu pada kek..kalau cair guna je gelas untuk membuat lapisan kek selang seli dgn cream cheese..last tabur dengan serbuk coklat kat atas cream cheese tu.lps tu simpan dalam peti sejuk..bolehla dihidangkan.

Sekianlah dulu...tapi kakti rasa mcm nak buat lagi lain kali sbb rasa tak berapa puas hati dgn yang pertama ni..comot sikit banyak hehe...takpala walau comot tapi anak2 suka...Secret siti kata cik abg bkn secret resepi haha...selamat mencuba ya :))




Tuesday, September 18, 2012

NUR ALZAHRA SYAMIA @ BLOG IBU

Assalamualaikum
Inilah kemunculan pertama Syamia kat blog ibu dia
alhamdulillah sekarang Mia dah pun berusia 3 bulan lebih
semoga besar nanti menjadi anak yang solehah dan berguna kepada bangsa dan agama..amin






Friday, September 14, 2012

AIR TANGAN AKU (KETUPAT DAUN PALAS)

 Pejam celik pejam celik dah nak habis dah bulan syawal ini
panjang umur dapatlah kita beraya lagi ditahun depan
Insyaallah................................
N3 kali ni nak bercerita pasal raya kitaorang
anak beranak...terlambat sikit publish pasal raya ni
biasaler...ibu beranak 4 kan hehe
takdo masa nak mengadap blog
kalau ada pun time nilah tengah mlm bila anak2 dah tdr
atau pun time cik abg kerja
tenanglah sikit..idea walau pun tak mencurah2 
tapi bolehla tahan :))
citernya pada hari raya pertama
kami semua tak dapat beraya di kampung
Sedey jugak tapi nak buat cam mana sbb cik abg kena kerja
Lps abg balik kerja barulah kami bertolak ke kg
Tapi sehari sebelum raya datanglah mood rajin
nak buat KETUPAT daun palas
almaklumlahkan beraya jauh dari mak aku
biasa mak yang buat semua ni..aku ngadap je
bila lagi nak test skill yang ada kan...tryla buat 
ketupat sendiri...taklah banyak pun sekilo je aku buat pun
tapi oklah menjadiklah jugak...wah banggalah jgk
bila tgk hasilnya...kembang kempis jgklah bila en suami memuji :p
Siap tangkap gmbr lagi nak tunjuk bukti kat mak aku
yang aku pandai buat ketupat haha
tak sempat nak bawak balik kg sbb 
cik abg bawa ke tempat kerja
tggl sikit hbs anak2 aku mkn..
oklah tu terasa jgk raya bila ada ketupat
Ada moral jgk tau dari citer aku ni 
Kekadang kita ni selalu harapkan mak kita utk buat makanan
tradisional ni...bagi kita malasla..tak pandaila..lecehla
beli lagi cepat takyah bersusah payah
itu saje alasan yang selalu kita beri..
memang sekarang semua boleh kita
tunjuk asalkan berduit betulkan??
tapi kalaula ibu kita sudah tiada..takkan ada lagi ketupat dari
air tangan ibu kita untuk juadah di pagi raya..
tapi kalau kita tahu sikit2 cam mana nak buat atau tak th lgsg
belajarla dgn ibu sementara dia masih ada
sekurang2nya anak2 kita pula yang dapat merasa ketupat hasil air tangan kita...

Inilah gmbr yang sempat aku snap sebelum ketupat ini selamat dihadam hehe

  Gmbar pulut yang dah siap dikukus dan sedia utk digaul bersama santan pekat (letak garam dan gula),
kemudian selepas digaul santan pulut ini dikukus sekali lagi ( aku tgk nenek aku kukus dua kali jadi aku pun kukus dua kali lah jugak)
 
 Selepas kukus kali ke 2..pulut bolehla dibungkus dengan daun palas.Inilah rupa ketupat hasil bungkusan
aku...jadiklah tu mmg ginilah rupa ketupat daun palas
 
 Gambar ni plk dah ready dah ketupat ni utk direbus..

 
 Inilah hasilnya setelah masak sepenuhnya...sedap bila dimakan bersama rendang


Friday, September 7, 2012

Sajer2

Terasa jemulah plk dengan background blog aku ni
gitewla bila dah lama tak buka blog..
sekali dah buka rasa nak tukar itu nak tukar ini
lagi satu asyik lagu maher zain je yang berkumandang
cam jemulah jugak ek..tgklah nnt kalau ada masa 
 lapang dan tak sebuk dengan bebudak nih
akak igt akak nak tukarlah apa yang patut
biar semangat sikit nak berblog
iyolah tu..mcm dah ss plk 
takpala suka hatilah 
tak th nak kata apa sebenarnya
tapi nak tulis jgk..gatal tangan ;p

Anibesari kami

 
Assalamualaikum..
setiap kali buka blog aku ni  mesti kata2 aluan dari aku 
"lamanya tak apdet blog aku nih"
gitewlah..achaner tu?? agituler :))
setelah sekian lama menyepi kini tibalah masa utk aku tulis apa yang patut
kat blog aku ni...
alhamdulillah hari ni 6 september 2012 oppps dah masuk tarikh lain
adalah ulangtahun ke-10 perkahwinan kami
bermakna masuk 10 tahunlah aku bergelar seorang isteri kepada Mohd Yusri Bin Mohamad
selama 10 tahun perkawinan kami,kami telah dianugerahkan 4 orang anak iaitu
NurAlis Sabrina 9, Aqiel Qarrimi 4, Aqish Rifqie 2 dan Nur Alzahra Syamia 2 bulan.
bersyukur sgt2 dengan anugerah yg diberikan ini
semoga aku akan menjadi isteri dan ibu yang baik utk keluargaku
semoga jodoh kami kekal keakhir hayat hingga ke syurga hendaknya..AMIN
tapi yang best tu tidak seperti anibesari kami yang lps
biasanya kita org pompuan ni yang selalu igt tarikh2 special ni
tapi kali ni cik abg aku plk yang igt
bukan aku tak igt tapi saje buat cool
cik abg siap pergi tempah kek tanpa pengetahuanku
hari ni buat alasan nak g bankla
rupanya balik dengan kek hehe...igtkan dah takdo romantik2 and surprise2 gini lagi
almaklum dah 10 tahun kawen..tersentuhla jugak akak kan hehe
tapi takdala nak buat candle light dinner ke apa
masak hari ni pun takda buat special2 pun..masak biasa2 je
takdanya nak bercuti kemana2..itu dah terlebih sdh tu 
anak2la yang excited sbb dapat mkn kek
yang sulung siap tanya kenapa tiba2 abah beli kek
hari ni takda hari jadi sapa2 pun..hehe
gitulah bdk2kan penuh dgn tanda tanya
apapun aku mengharapkan agar perkahwinanku ini kekal 
hingga keakhir hayat..biarlah kematian saje yang memisahkan kami
cukuplah berkongsi kasih bersama anak2
janganlah ada orang ke 3 yang menghancurkan kebahagiaan kami
seandainya cik abg terbaca blogku ini wah terjiwang plk ini utkmu abang

IF YOU'RE ASKING IF I NEED YOU
the answer is FOREVER
IF YOU'RE ASKING IF I'LL LEAVE YOU
the answer is NEVER
IF YOU'RE ASKING WHAT I VALUE
the answer is YOU
IF YOU ASKING IF I LOVE YOU
the answer is I DO