Monday, June 6, 2011

4 my love

Untuk Special one in my life pun ada hehe untuk anak ada takkan untuk cik abe takde kan Sebenarnya saje2 nak buat surprise kat cik abe. 29hb mei yang lepas besday cik abe, masa ni dia otw blk dari KL.Terkial2 la jugak makcik nak siapkan kek ni,almaklumlah dah kesuntukan masa. Cik abe pun dah dekat nak sampai rumah.Nasib baiklah sempat jugakla aku menyiapkan kek ini.
Kalau ikutkan beli lagi jimat.Bukan itu saje kek pun cantik rasanya pun sedap. Tapi kenapa aku sanggup bersusah payah untuk sebijik kek? Sebabnya aising aku masih banyak nanti membazir pulak huahua …takdala, sesekali biarlah cik abe merasa air tangan aku ni..biar dia tahu aku pun reti buat kek ni walau tak terror manapun.

Kek ni tak sempat dipotong kat sini, keesokkan pagi aku angkut kek ni ke kampung.Balik kg sempena cuti sekolah. Kek ni dah jadi ole2 la pulak.

Citer lama

Lamanya tak jenguk blog den nih, sibuk menguruskan budak yang lelah sorang tu. Entah mana datangnya tetiba jer terkena.Tapi kata mak aku masa aku kecik2 dulu, aku pun selalu kena lelah ni.Lelah macam ni kata mak aku bila dah besar ilanglah.Tapi aku tak maulah sampai ke besar, kalau boleh biarlah anak aku cepat baik. Kalau boleh janganla ada lagi lelah selepas ini.
Baru2 ni pun aku dah gelabah bila doktor suruh refer ke hospital dan buat x-tray. Lepas je buat X-tray rupa2nya paru2 Aqil dah ada jangkitan kuman, alhamdulillah nasib baik sikit jer dan belum lagi merebak.Merasalah aqil dok kat wad 3 hari.
Sekarang aqil dah beransur pulih, lelah ilang demamlah pulak…ini semua cubaan dari Allah dan aku redha.First time kena pada hari ulang tahun kelahiran aqil.Aku dah prepare barang kononnya nak buat sendiri kek besday untuk teruna aku ni.Tapi apakan daya aku hanya merancang tuhan yang menentukan. Taklah terbengkalai terus Bila tengok Aqil dah ok, aku pun melaksanakanlah projek yang terbengkalai itu. Sempatlah aqil posing dengan kek besday dia yang tak seberapa itu. Walaupun dah 2 , 3 hari terlajak dari tarikh besday dia.

Inilah rupa kek Aqil..tak muat dah nak tulis ‘hepi besday’ just put his name oklah tu kan.




2,3 hari lepas potong kek ni, abg ngah kena masuk spital, cos lelah datang balik.