Assalamualaikum buat semua yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ini, sesekali apdetlah apa yang patut...bab2 sawang ni mmg selalulah bersawang blog aku nih..almaklumlah tuannya terlebih rajin hehe...kadang ada idea masa pulak yang takde...lagi satu sekarang ni berokben dah kena potong...pengurus kewangan ambil langkah berjimat cermat dengan menukar pakej...kalau nak beron9 kenalah tunggu dia ada kat rumah...hmmm...tapi takpalah cik abg harap2 langkah ini dapat mempercepatkan naik taraf rumah kita ke fasa 3 wakaka...erm harap2 penantian ini taklah sampai kucing bertanduk ya....
dah terlebih plk berceloteh aku nih...actually aku nak tulis bukan tulis pun copy n paste je apa yang aku terbaca tentang kelebihan menjadi seorang ibu...info ni aku rasa berguna juga buat aku dalam menjalani kehidupan sebagai seorang ibu kepada anak2 ku...boleh juga aku jadikan rujukan dimasa hadapan Kiranya bukanlah info yang berbau sindir menyindir. Kalau nak main igt kat kepala lama2 akan terlupa juga...dalam sehari banyak benda yang nak kena buat dan nak kena fikir. Terutama sekali bab2 masak...dah selesai masak utk tghr dah kena fikir nak masak apa utk esok plk...kalau zaman berdua atau anak baru sorang takda hal kalau kerap mkn kat luar pun...tapi bila anak dah bertambah ni masak lagi jimat...lagipun senang makan kat rumah takdelah penat nak layan karenah anak2 kalau makan kat luar..huh mmg penat gilerr tapi aku kena terima hakikat bahawa suami ku bukannya manager atau org kayo...Oklah mehla pakat2 baca info ni...pasti ianya akan jd panduan buat kita sebagai seorang ibu ketika mengandung dan ketika membesarkan anak2.
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari &
pahala ibadat di malam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat &
puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari
selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan
dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang
menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2
setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur
yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana
menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
& bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
No comments:
Post a Comment