Friday, October 5, 2012

KEK BLACK FOREST


Assalamualaikum
Menepek gambar kek aje sejak dua menjak ni ya..sibuk nga anak2 sibuk ngan bis tapi masih sempat lagi tuuu..ehehe..suka-sukalah katakan...kenangan ni tau bukan senang nak buat kek2 berhias gini kalau tak ada semangat nak try..bahaya sggh penangan asyik dok belek resepi..nak try aje...tapi biarlah tak cantik asal sedap ditekak kan..
Beginilah rupa kek black forest aku...hiaslah jugak simple2 walau pun nak mkn sendiri..menggigil n terketar2 gakla tangan nak hias kek ni.. almaklum tak penah amik kursus main hentam saja..kalau dok kat kedai sah2 rejected tapi bg aku yang tak reti menghias kek ni rasa mcm dah ok sgt2..wah sendirik angkat bakul ke..asalkan ada rupa jadiklaa...
aku punya kek ni takdalah plk ceri bertangkai..biasanya kek ni nak kena letak ceri bertangkai barulah nmpk kelasss gitu..tapi aku letak aje ceri yang lebih buat biskut dahlia raya lps hehe..tapi pada aku sdp lagi ceri ni sbb takda rasa pelik bila mkn..kalau yg bertangkai tu tak lepas nak masuk mulut sbb lain benar rasanya..
Untuk filing aku guna saje filing blueberry..tak adanya dark pitted cherries...lagi pun mahal jugak benda alah ni.aku letak aje apa yang ada..next taimlah kalau bajet lebih aku test guna dark pitted cherries ni..Untuk resepi ni terlalu banyak sangat rujukan yang aku buat.Bukan apa sbb nak tgk cara yang paling senang dan bahan senang nak dapat..tapi rata2 resepi lebih kurang sahaja...
Jadi untuk menyenangkan kerja aku , aku guna sj resepi kek span. Guna yang aku buat selalu CLIK SINI
INSYAALLAH menjadi sbb dah banyak kali cuba...
Lps ni berehatlah sekejap dari buat kek..sbbnya cik abg  dah sound..nak jimat dari beli kek kat kedai, tapi bil api plk melambung hehe..cam mana tuu..nak buat ke nak beli lps ni..rasa2nya buat lagi jimat sbb barang murah..boleh buat banyak jenis kek...sebulan 2 biji kek oklah kan..:-)))

Wednesday, October 3, 2012

KEK BLUEBERY

Assalamualaikum
Alang2 dah apdet blog ni, tepek jelah
semua aktiviti sebelum ni yang dah lama tunggu turn
untuk dimasukkan ke blog saya yang tak seberapa ini
nak dibandingkan dengan blogger lain, apalah sangat dengan blog ku ini
tepek gmbr kat blog ni bukannla nak nunjuk2 tapi sekadar
ingin menambah koleksi post ku aje
dan juga sebagai kenangan dan rujukkan utk diri sendiri
yalah kan sekarang nak tulis resepi dalam buku takut buku
kena koyak kat anak2 plk kan hehe
jadi langkah terbaik letak ajelah kat blog
Sebenarnya dah lama teringin nak buat kek blueberi ni
dalam kepala mcm2 kek nak dibuat
bila tgk blog org lain yang dah tepek gambar kek ni geram je nengoknya
teringin jgk nak meng'test' hias kek cantik2
tapi hias kek taklah sesenang yang dibayangkan
tapi yang best tu time nak hias anak2 aku melopong je tengok
sabor je tunggu nak mkn hehe

Utk resepi kek ni saya cuma gunakan resepi Kek span dalam n3 Tiramisu  yang lalu
cuma kek ini ditukarkepada perisa blueberi
kek dibahagi kepada 2 layer
dan disapu non dairy serta filing blueberi
 untuk topping saya gunakan non dairy whipping krim
putar sehingga kaku (bertanduk)
lps tu hiaskan bersama filling blueberi
Tapi gmbr yang kek sudah potong tak sempat disnap
sbb masing2 dah tak sabar nak meng'operate' kek ini




COKLAT BUATAN SENDIRI


Assalamualaikum semua yang sudi singgah senyap2 kat blok ku ini
Kali ni saya nak bercerita pasal coklat buatan sendiri ni..
Dah lama anak2 mintak suruh buatkan coklat ni
tapi rasa malasla plk nak buat sebab terfikir
macam leceh je nak buat coklat ni
Disebabkan pergi ke kedai supply barang nak buat kek minggu lepas
jadi hati ini tertariklah plk dengan acuan2 coklat yang 
dijual kat situ....
jadi belilah dua jenis seperti yang ada dlm gmbr tu
Bila dah buat sendiri seronoklah plk bila tgk rupa coklat
yang dah dikeluarkan dari acuan..
untuk gmbr yang kat atas tu saya gunakan coklat compound Beryl's
campur dengan coklat berperisa blueberry
untuk filing saya gunakan bertih beras
Anak sulung bawa ke sek, siap member2 dia tempah nak beli
Ayoyo nak guna coklat Beryl's untuk jualan mahalla nak oii
tak untung kita hehe..
So saya guna coklat masakan yang biasa
lps tu campur dengan susu tepung( tak kisahla susu tepung apa pun)
masukkan susu tepung lepas coklat dah cair
kemudian masukkan dalam acuan dan masukkan dalam
peti ais selama 10-15 minit
lps tu bolehla dimakan
senangkan..bolehla cuba