Friday, October 5, 2012

KEK BLACK FOREST


Assalamualaikum
Menepek gambar kek aje sejak dua menjak ni ya..sibuk nga anak2 sibuk ngan bis tapi masih sempat lagi tuuu..ehehe..suka-sukalah katakan...kenangan ni tau bukan senang nak buat kek2 berhias gini kalau tak ada semangat nak try..bahaya sggh penangan asyik dok belek resepi..nak try aje...tapi biarlah tak cantik asal sedap ditekak kan..
Beginilah rupa kek black forest aku...hiaslah jugak simple2 walau pun nak mkn sendiri..menggigil n terketar2 gakla tangan nak hias kek ni.. almaklum tak penah amik kursus main hentam saja..kalau dok kat kedai sah2 rejected tapi bg aku yang tak reti menghias kek ni rasa mcm dah ok sgt2..wah sendirik angkat bakul ke..asalkan ada rupa jadiklaa...
aku punya kek ni takdalah plk ceri bertangkai..biasanya kek ni nak kena letak ceri bertangkai barulah nmpk kelasss gitu..tapi aku letak aje ceri yang lebih buat biskut dahlia raya lps hehe..tapi pada aku sdp lagi ceri ni sbb takda rasa pelik bila mkn..kalau yg bertangkai tu tak lepas nak masuk mulut sbb lain benar rasanya..
Untuk filing aku guna saje filing blueberry..tak adanya dark pitted cherries...lagi pun mahal jugak benda alah ni.aku letak aje apa yang ada..next taimlah kalau bajet lebih aku test guna dark pitted cherries ni..Untuk resepi ni terlalu banyak sangat rujukan yang aku buat.Bukan apa sbb nak tgk cara yang paling senang dan bahan senang nak dapat..tapi rata2 resepi lebih kurang sahaja...
Jadi untuk menyenangkan kerja aku , aku guna sj resepi kek span. Guna yang aku buat selalu CLIK SINI
INSYAALLAH menjadi sbb dah banyak kali cuba...
Lps ni berehatlah sekejap dari buat kek..sbbnya cik abg  dah sound..nak jimat dari beli kek kat kedai, tapi bil api plk melambung hehe..cam mana tuu..nak buat ke nak beli lps ni..rasa2nya buat lagi jimat sbb barang murah..boleh buat banyak jenis kek...sebulan 2 biji kek oklah kan..:-)))

Wednesday, October 3, 2012

KEK BLUEBERY

Assalamualaikum
Alang2 dah apdet blog ni, tepek jelah
semua aktiviti sebelum ni yang dah lama tunggu turn
untuk dimasukkan ke blog saya yang tak seberapa ini
nak dibandingkan dengan blogger lain, apalah sangat dengan blog ku ini
tepek gmbr kat blog ni bukannla nak nunjuk2 tapi sekadar
ingin menambah koleksi post ku aje
dan juga sebagai kenangan dan rujukkan utk diri sendiri
yalah kan sekarang nak tulis resepi dalam buku takut buku
kena koyak kat anak2 plk kan hehe
jadi langkah terbaik letak ajelah kat blog
Sebenarnya dah lama teringin nak buat kek blueberi ni
dalam kepala mcm2 kek nak dibuat
bila tgk blog org lain yang dah tepek gambar kek ni geram je nengoknya
teringin jgk nak meng'test' hias kek cantik2
tapi hias kek taklah sesenang yang dibayangkan
tapi yang best tu time nak hias anak2 aku melopong je tengok
sabor je tunggu nak mkn hehe

Utk resepi kek ni saya cuma gunakan resepi Kek span dalam n3 Tiramisu  yang lalu
cuma kek ini ditukarkepada perisa blueberi
kek dibahagi kepada 2 layer
dan disapu non dairy serta filing blueberi
 untuk topping saya gunakan non dairy whipping krim
putar sehingga kaku (bertanduk)
lps tu hiaskan bersama filling blueberi
Tapi gmbr yang kek sudah potong tak sempat disnap
sbb masing2 dah tak sabar nak meng'operate' kek ini




COKLAT BUATAN SENDIRI


Assalamualaikum semua yang sudi singgah senyap2 kat blok ku ini
Kali ni saya nak bercerita pasal coklat buatan sendiri ni..
Dah lama anak2 mintak suruh buatkan coklat ni
tapi rasa malasla plk nak buat sebab terfikir
macam leceh je nak buat coklat ni
Disebabkan pergi ke kedai supply barang nak buat kek minggu lepas
jadi hati ini tertariklah plk dengan acuan2 coklat yang 
dijual kat situ....
jadi belilah dua jenis seperti yang ada dlm gmbr tu
Bila dah buat sendiri seronoklah plk bila tgk rupa coklat
yang dah dikeluarkan dari acuan..
untuk gmbr yang kat atas tu saya gunakan coklat compound Beryl's
campur dengan coklat berperisa blueberry
untuk filing saya gunakan bertih beras
Anak sulung bawa ke sek, siap member2 dia tempah nak beli
Ayoyo nak guna coklat Beryl's untuk jualan mahalla nak oii
tak untung kita hehe..
So saya guna coklat masakan yang biasa
lps tu campur dengan susu tepung( tak kisahla susu tepung apa pun)
masukkan susu tepung lepas coklat dah cair
kemudian masukkan dalam acuan dan masukkan dalam
peti ais selama 10-15 minit
lps tu bolehla dimakan
senangkan..bolehla cuba



Monday, September 24, 2012

KEK STRAWBERI


 ASSALAMUALAIKUM..
Sekarang ni tengah rajin nak buat kek...kalau ada masa tu akan siaplah sebijik kek...kalau tekak dan perut kata nak kek mmg kena buat gakla...tak blh ditahan2 lagi bila mood dah berkobar2..takut nanti semua tak jadi...alhamdulillah sejak datangnya mood nak buat kek ni selalunya kek menjadi je..tak mcm yang lepas2 kadang keraslah, terhangitlah, tak masaklah..macam2 ter..lagilah..bila kes macam tu lah yang membantutkan semangat nak mencuba tu...

Kekni sebenarnya ikut resepi kek span dlm n3 kek tiramisu tu...cuma yang ni kakti guna strawberi emulco dan letak mayonis 2 sudu teh..saje je nak try apa rasa kalau letak mayonis..takda rasa apa2 pun biasa saje..

Untuk topping kakti guna lebihan krim cheese masa buat tiramisu tu..benda dah ada jadi guna ajelah..baru tak membazir.. itu ajelah citer pasal kek nih..tak reti nak bercerita tapi tetap nak tepek gak gmbr ni kat sini..



Sunday, September 23, 2012

TEMPAHAN LAKSA

Assalamualaikum....
Ehem terajin plk kakti apdet blog sekarang ni
Bukan apa sbb sekarang dah ada berokben sendiri, jadi sayangla plk kalau
Tak dimanfaatkan sepenuhnya kan..rugilah dok bayar saje kan
jadi ada peluang kakti tepek jek apa yang patut kat blog ni

Sebenarnya tempahan laksa ni pada hari jumaat yang lps
Cik abg kutip duit shif lps tu pakat sama diaorg nak mkn laksa
Saje je kakti meng'ofer'kan diri nak buat
Dapatlah sen sikit kata org teganu kita
Mana tahu lps ni ada tempahan lagi
rezeki jangan ditolak kata org..ahaks

Alahai bukannya kakti ni mata duitan..dengan anak kecik lagi
tapi kesian plk bila tak tahu nak cari org
yang buleh buat laksa kelate ni..tu yg oferkan diri tu
Oklah...tak susah mana pun nak buat..
tapi buat utk 30 orgla jgk..penatlah sikit biasala tukan
buat dengan seikhlas hati, hasilnya pasti memuaskan :-)))

 



Wednesday, September 19, 2012

KEK TIRAMISU

Assalamualaikum....
Hari ni tercapai jua hasrat nak buat Kek Tiramisu ni...dah lama tak buat kek tiba2 datangla plk semangat nak buat...sejak2 lepas pantang ada saja mengidam nak mkn itu ini...biasanya orang mengidam taim peknen je tapi kakti terbalikla plk..ehehe..lagi satu anak2 asyik merungut dan asyik bertanya bila ibu nak buat kek..dah lama ibu tak buat kek kata anak2..sianlah plk..belek2 resepi terbekenanla kat tiramisu ni..rasa cam senang je nak buat kek ni.

Semalam ajak cik abg ke kedai supply bahan2 nak buat kek kat Dungun...belilah apa yang patut..hari ni ada lagi yang tak cukup pegi beli kat Tunas Manja je...sebenarnya ikut resepi kek ni mudah sbb kita tak perlu buat kek..beli je apa2 kek span kat kedai..lps tu renjis dengan air kopi nak bg kek tu lembap sikit tak perlu basah lenjun..anak2 suka kek coklat..tapi takda jualla plk kek span coklat dekat2 sini..so terpaksalah buat sendiri kek span coklat tu...mkn masalah juga nak siap..sib baiklah yang no 4 sedap lena diulik intan dapatlah kakti siapkan kek span coklat tu...beserta dengan cream cheese sekali.

Berdebar jugala nak buat cream cheese tu sbb ferstaimkan..tak boleh bayangkan cam mana rupanya yg sebenar..mmg betul2 ikut resepi step by step..alhamdulillah jadik jugak...




Jom kakti nak share resepi yang dah kakti buat ni..untuk kek span coklat, festaim jgk buat alhamdulillah mantopp and excellent..lembut sangat2..boleh digulung2...terjumpa resepi ni kalau tak silap blog kak ita (kakti dah link kan tu..lupa nak tukar color tulisan)cubalah tgk..tapi kakti dah edjas sesetengah bahan sbb tak ada penimbang..jom tgk...
Inilah resepinya:
KEK SPAN COKLAT
5 biji telur (kakti guna 4 biji je sbb takut melimpah acuan saiz 7")
125gm gula kastor ( kakti guna satu cawan)
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovelette
100 gm tepung( kakti guna 1 3/4 cawan tepung Blue Key)
40ml air sejuk
20 gm serbuk koko ( kakti pakai satu sudu besar penuh)
70gm butter(agak2 dlm separuhla)~dicairkan

Caranya
Campurkan semua bahan kecuali mentega.
Putar hingga kembang
last sekali masukkan mentega yang telah dicairkan( pastikan dah sejuk)
tuangkan dlm acuan bakar pada suhu 170c selama 30 minit.Lps tu buat 2 atau 3 layer terpulang..

CREAM CHEESE
300 ml non diary whipping cream
250gm cream cheese...tak kisah brand apa pun
50gm mentega
1 cawan gula aising

Caranya
Putar whipping cream sehingga keluar tanduk (soft peak). maknanya bila diterbalikkan mangkuk ianya tidak jatuh.
Dlm mangkuk berlainan putar cream cheese+mentega+gula aising.
kemudian satukan dengan whipping krim dan putar lagi sehingga sebati..lps tu bolehla disapu pada kek..kalau cair guna je gelas untuk membuat lapisan kek selang seli dgn cream cheese..last tabur dengan serbuk coklat kat atas cream cheese tu.lps tu simpan dalam peti sejuk..bolehla dihidangkan.

Sekianlah dulu...tapi kakti rasa mcm nak buat lagi lain kali sbb rasa tak berapa puas hati dgn yang pertama ni..comot sikit banyak hehe...takpala walau comot tapi anak2 suka...Secret siti kata cik abg bkn secret resepi haha...selamat mencuba ya :))