Showing posts with label Biar tak terror masak asal sedap ditekak. Show all posts
Showing posts with label Biar tak terror masak asal sedap ditekak. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

KEK BLUEBERY

Assalamualaikum
Alang2 dah apdet blog ni, tepek jelah
semua aktiviti sebelum ni yang dah lama tunggu turn
untuk dimasukkan ke blog saya yang tak seberapa ini
nak dibandingkan dengan blogger lain, apalah sangat dengan blog ku ini
tepek gmbr kat blog ni bukannla nak nunjuk2 tapi sekadar
ingin menambah koleksi post ku aje
dan juga sebagai kenangan dan rujukkan utk diri sendiri
yalah kan sekarang nak tulis resepi dalam buku takut buku
kena koyak kat anak2 plk kan hehe
jadi langkah terbaik letak ajelah kat blog
Sebenarnya dah lama teringin nak buat kek blueberi ni
dalam kepala mcm2 kek nak dibuat
bila tgk blog org lain yang dah tepek gambar kek ni geram je nengoknya
teringin jgk nak meng'test' hias kek cantik2
tapi hias kek taklah sesenang yang dibayangkan
tapi yang best tu time nak hias anak2 aku melopong je tengok
sabor je tunggu nak mkn hehe

Utk resepi kek ni saya cuma gunakan resepi Kek span dalam n3 Tiramisu  yang lalu
cuma kek ini ditukarkepada perisa blueberi
kek dibahagi kepada 2 layer
dan disapu non dairy serta filing blueberi
 untuk topping saya gunakan non dairy whipping krim
putar sehingga kaku (bertanduk)
lps tu hiaskan bersama filling blueberi
Tapi gmbr yang kek sudah potong tak sempat disnap
sbb masing2 dah tak sabar nak meng'operate' kek ini




COKLAT BUATAN SENDIRI


Assalamualaikum semua yang sudi singgah senyap2 kat blok ku ini
Kali ni saya nak bercerita pasal coklat buatan sendiri ni..
Dah lama anak2 mintak suruh buatkan coklat ni
tapi rasa malasla plk nak buat sebab terfikir
macam leceh je nak buat coklat ni
Disebabkan pergi ke kedai supply barang nak buat kek minggu lepas
jadi hati ini tertariklah plk dengan acuan2 coklat yang 
dijual kat situ....
jadi belilah dua jenis seperti yang ada dlm gmbr tu
Bila dah buat sendiri seronoklah plk bila tgk rupa coklat
yang dah dikeluarkan dari acuan..
untuk gmbr yang kat atas tu saya gunakan coklat compound Beryl's
campur dengan coklat berperisa blueberry
untuk filing saya gunakan bertih beras
Anak sulung bawa ke sek, siap member2 dia tempah nak beli
Ayoyo nak guna coklat Beryl's untuk jualan mahalla nak oii
tak untung kita hehe..
So saya guna coklat masakan yang biasa
lps tu campur dengan susu tepung( tak kisahla susu tepung apa pun)
masukkan susu tepung lepas coklat dah cair
kemudian masukkan dalam acuan dan masukkan dalam
peti ais selama 10-15 minit
lps tu bolehla dimakan
senangkan..bolehla cuba



Monday, September 24, 2012

KEK STRAWBERI


 ASSALAMUALAIKUM..
Sekarang ni tengah rajin nak buat kek...kalau ada masa tu akan siaplah sebijik kek...kalau tekak dan perut kata nak kek mmg kena buat gakla...tak blh ditahan2 lagi bila mood dah berkobar2..takut nanti semua tak jadi...alhamdulillah sejak datangnya mood nak buat kek ni selalunya kek menjadi je..tak mcm yang lepas2 kadang keraslah, terhangitlah, tak masaklah..macam2 ter..lagilah..bila kes macam tu lah yang membantutkan semangat nak mencuba tu...

Kekni sebenarnya ikut resepi kek span dlm n3 kek tiramisu tu...cuma yang ni kakti guna strawberi emulco dan letak mayonis 2 sudu teh..saje je nak try apa rasa kalau letak mayonis..takda rasa apa2 pun biasa saje..

Untuk topping kakti guna lebihan krim cheese masa buat tiramisu tu..benda dah ada jadi guna ajelah..baru tak membazir.. itu ajelah citer pasal kek nih..tak reti nak bercerita tapi tetap nak tepek gak gmbr ni kat sini..



Sunday, September 23, 2012

TEMPAHAN LAKSA

Assalamualaikum....
Ehem terajin plk kakti apdet blog sekarang ni
Bukan apa sbb sekarang dah ada berokben sendiri, jadi sayangla plk kalau
Tak dimanfaatkan sepenuhnya kan..rugilah dok bayar saje kan
jadi ada peluang kakti tepek jek apa yang patut kat blog ni

Sebenarnya tempahan laksa ni pada hari jumaat yang lps
Cik abg kutip duit shif lps tu pakat sama diaorg nak mkn laksa
Saje je kakti meng'ofer'kan diri nak buat
Dapatlah sen sikit kata org teganu kita
Mana tahu lps ni ada tempahan lagi
rezeki jangan ditolak kata org..ahaks

Alahai bukannya kakti ni mata duitan..dengan anak kecik lagi
tapi kesian plk bila tak tahu nak cari org
yang buleh buat laksa kelate ni..tu yg oferkan diri tu
Oklah...tak susah mana pun nak buat..
tapi buat utk 30 orgla jgk..penatlah sikit biasala tukan
buat dengan seikhlas hati, hasilnya pasti memuaskan :-)))

 



Tuesday, February 14, 2012

MASAK LEMAK BERKARI UDANG KARA

 Udang Kara

Hari ni aku nak share pasal Udang Kara(udang ketok org tganu panggil) ni..apa korang rasa bila melihat rupa udang ni?? nak tahu nilah 1st time dalam hidup aku melihat udang ni dan dapat makan udang ni.
 Almaklumlah aku ni org dari bukit dan sawah padi, bukan orang pantai
mana nak jumpa benda alah ni. Sejak menetap di Tganu nilah banyak jenis ikan 
aku kenal..kesiankan ngeh..ngeh..ngeh...
Udang Kara ni aku beli dengan jiran aku..kirimlah kat dia time dia balik kg.
Sebabnya kalau kat Paka ni susahla nak jumpa udang ni..dengar citer dari jiran aku pasal udang ni
bikin air liur ku meleleh hehe...taklah mengidam pun
tapi teringin nak mencuba, aku ni pantang orang bercerita tentang makanan yang pelik dan yang tak pernah aku rasa, mesti aku nak cuba..teringat lagi suatu ketika dahulu adala jiran lama aku bgth aku pucuk betik sedap dicelur dan dibuat ulam. Ahaa..bab2 ulam2man ni pun aku suka. Lepas tu aku cubalah pucuk betik ni..mak aii pahitnya tak reti aku nak cakap..pelik sggh pahitnya...sampai sekarang aku mmg tak mkn pucuk betik...tak cuba tak th, bila dah cuba baru tahu sedap ke tak kan...kan dah padan muka aku haha...
Masa dapat udang ni...aku ok je tapi cik abg aku terkezut melihatnya..katanya menakutkan..pelik je rupanya.Boleh ke nak makan ni? Tapi bila dah siap aku masak dia plk yang beria2 mkn..:)))

Masak Lemak Berkari Udang Kara

 Bila dah masak camnilah rupanya udang ketok ni...cam bestla plk. Sblm masak udang ni, kepala dia kena ketuk macam masak ketamlah jugak.Badan dia pun kena belah kat bahagian bawah.Barulah senang nak mencokik hehe...
Mesti korang kompiuskan dengan nama masakan aku ni kan..dahla masak lemak, berkari plk tu...kalau kari, karilah kan..apa lemak2 lagi kan kuikui...:)))
Asal2 memang masak lemak tapi aku saje letak kari sikit dan tumis bahan2nya...kiranya ni idea tersendirila tapi tak tahulah kot2 dah ada chef yang dah masak macam aku nih..kwang3. Ok nih nak sharelah resepi aku nih...tapi kalau korang buat tak sedap jangan salahkan resepi aku tau ngeh3...masak2 ni semua orang boleh masak..tapi kalau kita tersilap letak rasa yang secukup rasa tu, resepi dari Chef Wan pun kadang boleh out jugakkan..betul tak?? Jom tengok bahan2nya:

Udang atau Ketam
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
Seinci lengkuas
seinci kunyit
seinci halia
(semua bahan ini dikisar)
Santan agak2la kalau nak kuahnya pekat guna santan yang betul2 pekat,kalau nak berkuah guna santan cair
Satu sudu teh serbuk kari tak kisah kari daging atau ikan
Dua batang serai dititik
sekeping asam keping
Garam ,gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-caranya:
Tumis bahan kisar. Campurkan serbuk kari dan serai. Tumis sehingga naik bau. Masukkan perisa dan asam keping.
Kemudian masukkan udang/ketam. Last masukkan santan.
Aku suka letak perasa diawalnya sbb nak bg perasa tu meresap kedalam udang.Just little bit jer jgn terlebih.Lps tu sebelum padam api tu aku trylah dulu kot2 terkurang masinnya boleh tambah lagi. Sharing is caringkan..so selamat mencuba :))