Showing posts with label Ya Allah lindungilah aku. Show all posts
Showing posts with label Ya Allah lindungilah aku. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Februari,23


Aku suka sangat dengan Lisa ni. Comel dan cute jer wajahnya...tapi taklah peminat fanatik...tak semua citer dan lakonan Lisa aku tgk...sesetengah je aku layan pun...bila usia dah meningkat ni, kadang2 je aku amik tahu pasal artis ni...bukan masa remaja dulu..semua pasal artis amik tahu dan semua lagu hafal..siap ada satu buku khas untuk tepek lagu je haha...
Adala aku terbaca satu artikel..dengar2 Lisa akan berkawen dengan Yusri KRU pada 23 Februari ni...ermm tarikh besday aku tuh hehe...promote nampak Lisa potong kek kawen aku potong kek besday hehe..tapi aku punya kek besday ada kew??? kalau ada pun malaslah nak tepek kat blog nih...bukan takut org kata nak nunjuk tapi kalau kat paka ni kedai kek sweeden tu lah satu2nya kedai kek yang ado pun....mmg dah tahu design kek macam mana...:p
Alahaii dah tua2 begini..oppsss...teringat pesan kawan aku jangan guna istilah 'tua' tapi gunakan 'usia dah meningkat' lebih sedap didengar...dan lebih sopan ayatnya hehe...thanks frend diatas teguran...yalahkan bila usia dah meningkat ni pada aku tak sambut besday pun takpala....cukuplah tanda bersyukur kepada yang maha Esa kerana masih mengizinkan kita berada dialam maya ini....tapi gitulah fitrah manusia ni mesti nak sambut besday kan?? nak2 pula kalau orang tersayang buat dek je mesti moncung je...lps tu mulalah merajuk sendirik :))
Apapun...tak lama lagi besday aku ..promote lagik aku harap Allah taala panjangkan usia aku dan murahkan rezeki buatku serta sihatkan tubuh badanku untuk lebih gigih beribadat kepadaNya..Amin...














Saturday, January 28, 2012

BENCI DAN MENYAMPAH TANPA SEBAB

Pernah tak korang tiba2 rasa BENCI ATAU MENYAMPAH melihat seseorang tanpa sebab?? Tak kisahla sama ada secara live atau dalam blog ataupun dalam facebook...sehinggakan korang rasa bila hari2 melihatnya boleh membuatkan korang rasa menyampah.Asal tengok saje terus korang rasa BENCI ATAU MENYAMPAH...kalau itu yang korang pernah rasa itu bermakna korang telah mendapat satu penyakit yang dipanggil PENYAKIT HATI. Ahaa....bahaya tu kalau dah dapat penyakit tu..sbbnya kalau dalam istilah saintifik benci tanpa sebab boleh menghala kepada DEPRESSION atau tekanan jiwa.Itu dah sampai tahap kronik tuh...SO...kalaulah ada diantara kita yang mempunyai perasaan begini cepat2lah kita ubati sebelum ianya terus merebak. Bagaimana nak mengubati penyakit ini...hendaklah kita:-

  1. Membiasakan diri dengan berzikir kepada Allah
  2. Membaca Al-Quran dan sebolehnya memahami maksudnya
  3. Memperbanyakkan amalan sunat seperti puasa dan solat sunat diwaktu malam
  4. Banyakkan menangis bertaubat kepada Allah
  5. Berkawan dengan orang yang soleh atau yang banyak tahu tentang ilmu agama
 Banyak lagi Penyakit hati sering melanda umat manusia hari ini...antaranya dengki dan irihati, riak , takabur dan suka syak wasangka...sebenarnya kalaulah ada org yang menyampah terhadap kita itu sebenarnya berpunca dari kita sendiri. Kita sendiri yang mengundang kepada kebencian org terhadap kita. Contohnya dalam berkawan atau pergaulan sehari2 mungkin ada dikalangan kita terlalu menunjuk2, suka bercakap besar atau berbangga dengan apa yang kita miliki, atau suka menyindir2.Ada juga dikalangan kita yang terlalu JUJUR. Suka bercerita tentang kelebihan suami, kepandaian anak2 atau kebolehan diri sendiri. Ada tak korang begitu ataupun dikalangan sahabat kita yang begitu?? Terlalu jujur pun kadang memakan diri sendiri sehingga boleh menyebabkan seseorang boring bila berbual dengan kita. Sapa tak boring kan asyik dengar cakap dia je kan? kita pula asyik mengiyakan aje....Oklah panjang lebar pulak aku berkata2...bila aku tulis pasal tajuk ini, aku jugak tgh pk pasal aku jugak...kalau adalah sesapa yg pernah ada rasa yang begitu terhadap aku, aku tak akan menyalahkan dia. Mungkin ada sebab dia berperasaan begitu. Aku akan sentiasa memperbaiki kelemahan diri.Aku akan maafkan saja sebab aku tak mahu ada yang terhutang dengan aku atau susah nak cari aku kat akhirat nanti...kihkih...nih nak pinjam wording lagu Jamal "AKU MAAFKAN KAMU, TAK PERLU KITA BERTEMU, CUKUP KAU TAHU, YANG AKU MAAFKAN KAMU, TOLONG TERUSKAN HIDUP, JANGAN SEBUT NAMAKU"jadi kalaulah ada PERASAAN BENCI TANPA SEBAB cepat2lah berubat sebelum ia menjadi barah.