Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

SWEET AND SOUR

Hari ini hujan kembali lagi...actually semalam dah hujan...lagipun tengkujuh belum lagi berakhirkan....lagipun segala yg terjdi adalah mengikut peredaran alam semester yang telah Yang Maha Kuasa tentukan...Post yg ni bukan akak nak stori pasal hujan dik..tapi sekadar mengisi masa akak yg terluang sementara menunggu kain akak dlm washing machine tu siap....si kecik tengah lena diulik intan..kiranya akak berada dlm ketenanganlah sekarang ni haha...
Minggu lepas kiranya minggu trouble lah bg akak...anak bujang no 1 yang pada mulanya bersemangat dan berkobar2 nak pegi sekolah tiba2 buat sepoi taknak g sekolah...huhu haru jadiknya...tapi akak menggunakan kepakaran akak memujuk dengan harapan dia akan berlembut hati utk kesekolah....tapi kepakaran akak dlm memujuk rupanya tak jalan, akak terpaksa jg menggunakan kekerasan, tapi tahap yg paling minimum jer...belum sampai tahap nak dera anak hehe...akhirnya mahu juga dia ke sekolah...fuhhh lega tahap gaban akak rasa masa tu..tapi when he arrived at school, suddenly he cry again..dah mcm karangan budak darjah 3 haha...bila tgk budak lain nangis dia pun nangis..aduss tapi akak terpaksa tinggalkan dia jgk kat sekolah..lagi ditunggu lagilah dia taknak masuk kelas...itulah kisah anak bujang no 1 aku...macam2 kerenah budak yang baru nak mengenal sekolah ni...ntahlah aku sendiri tak dapat nak baca hati budak2 ni, samaada dia takut dgn cikgu ke atau mmg nak perhatian ibubapa supaya tak jadi hantar diaorang ke sekolah.Ada setengah tu aku tgk sampai tergolek2 nangis nak ikut mak ayah balik. Tapi alhamdulillah anak aku 2 hari saje buat hal taknak ke sekolah. Cuti hari jumaat dan sabtu , aku dah risau takut dia buat hal  lagi taknak ke sekolah...tapi rupa2nya dia plk yg tak sabar nak gi sekolah. Lega hati aku...harap2 biarlah dia lebih bersemangat utk ke sekolah setiap hari..Anak dara aku yg sorang tu plk mmg takda hal langsung dari mula sekolah sampailah sekarang mmg rajin betul nak ke sekolah...
 Sekarang ni bila dah dua org sekolah penatlah sikit aku nak mengambil dan menghantar...waktu sekolah berlainan , trip menghantar dan mengambil pun tak macam masa kaklong sorang yg bersekolah..sapa yg ada anak sekolah ramai mcm aku ni pun mesti terasa kepenatan ini...nak lagi ada plk yg sorang pagi sorang petang...lagilah penat kan..tapi tak mengapa yang penting bila kita sendiri yg hantar dan jemput anak2 at least kita dapat memastikan keselamatan anak2 kita.
  


 Ready to skool...





Kaklong yang sentiasa tenang dan bersemangat

Gaya Librarian




.

1st story in 2012

Hari ni ahad 8hb januari 2012...kiranya inilah lah 1st n3 aku for this year...and this week dah 2nd week anak2 kita bersekolah...kan...lengang rumah aku ni bila si dara dan si bujang ke sekolah..dapatlah ibunya mengepak sekejap :)...kalau diaorang ada sorilah i tell u nak ngadap laptop ni...mmg tak dapeknya...tapi tak mengapalah kan asalkan diaorg bahagia..pada aku nak beron9 ni kena betul2 free baru ada ketenangan. Lagipun on9 ni bukanlah perkara yang mesti bg aku..walau berbulan2 tak apdet blog tak on Fb pun takda halnya..belum ada istilah dalam hidup aku tak boleh hidup tanpa on9...tak g2 korang...itu pada akulah kan...kalau korang mmg free all the time and tak bizi mcm aku yang beranak 3 ni suka hati koranglah nak beron9 25jam sehari pun kan..lagipun bil internet masing2 bayar...dan lagi bil internet tak mcm hp kan...gunalh byk mana pun bil tetap mcm tu gak kan...aii dah kemana2 aku ni
Boring2 ni aku menggodekla aku punya blog ni...tahun baru igtkan nak setuplah jg yg baru...tapi mcm dah tunggang langgang jadinya blog aku ni...almaklum tak terror mana...apa yang ada display kat blog aku tu pun atas usaha aku sendiri..just try and error hehe...nak tanya cik abg, cik abg lagilah tak th bab2 blog ni..tapi aku rasa puas jg bila dapat buat blog sendiri tanpa bantuan sesiapa...kiranya taklah buta IT wahaha terpuji dirik sendirik...gurau je korang...sesekali tak mengapakan tapi kalau berkali2 memuji kepunyaan kita boleh membuatkan org menyampah tau!
Aku pun tak th nak kategorikan blog aku ni sebagai blog apa...tapi yang nyata blog aku ni kiranya blog mak2lah kan..nak kata blog masak memasak aku tak rajin lah plk nak tayang masakan aku selalu...kekadang lps masak terngap dulu, lupa terus nak amik gambar...kalau amik gmbr pun tak rajin plk aku nak transfer...nak kata blog berkebun pun bukannya selalu aku bercerita pasal pokok2 bunga atau sayur2an.Aku pun taklah arif sangat dlm hal berkebun ni...tak reti aku nak share pasal baja mana yg elok utk pokok hehe...apa yg aku tanam dan apa yg telah aku tershare kat sini semuanya sbb hobi aku suka tanam pokok bunga..
Jadi sebab dah blog aku ni blog mak2..jadi cerita aku adala termasuk kisah anak2, pkk bunga, masak2 dan sbginya....Oklah itu saje untuk hari ini...terima kasih lah sbb luangkan masa baca blog akak ni...

Saturday, October 1, 2011

Weekend @ De Rhu

Dah lama tak bawa anak2 jejalan...kebetulan semalam abah diaorang dah start cuti dan ajak ibu and anak2 jalan2...apalagi bagi aku macam pucuk dicita ulam pun marilah kan...anak2 seronok bukan mainlah sbb dengar abah nak ajak mandi kolam...Actually suami decided nak ajak kitaorang lepak kat Cherating je...tapi bila dah sampai hotel yang kitaorang nak duduk tu ramai orang..lagipun kedudukan kolam tak strategik mengadap cafe...rasanya cam tak best jerk kalau nak mandi-manda bila ada org tgk...kebetulan sebelum bertolak dari rumah tu terjumpa member aku Juliana Zamri, dia bgth aku  dia pernah pegi kat De Rhu, kalau nak bawa anak2 mandi kolam kat situ best sangat sbb katanya ala2 Gambang Water Park g2...kitaorang ni Gambang pun belum sampai lagi huhu...teringin nak pergi tapi kata Cik Abe aku nantilah kita pegi lain kali...lagipun katanya best kalau pegi ramai2 dengan member barulah fun sikit...Apapun, masa lepas check in aku ada lah snap beberapa gambar kat De Rhu ni yang aku rasa menarik untuk dikongsi dengan u olls semua..manalah tahukan one day u olls rasa nak bawa anak2 mandi kolam aku rekmen datanglah kat sini :-)))...selain tu biliknya pun luas dan selesa...tapi gmbr bilik lupa plk nak snap..;)

 cantik dan besar kolamnya utk kanak2...ni kalau dapat berendam kompem susah nak berenti ni

 Luas giler kolamnya...


 kat belakang tu pun kolam lagi..dlm sgt kat situ, yg pandai berenang bolehlah mandi kat situ..yang tak pandai jgn nak tunjuk pandai kalau tak nahas jer...


 ni pun lagi tempat kanak2

 kat belakang sana untuk org dewasa...kanak2 no way!

 cantik kan??

dan lagi...

ini plk under construction...yang ni lagi dalam kalau dah siap nanti

ada taman mainan berdekatan dgn kolam

Sebelum blk...kata kaklong lain kali kita datang lagi ya abah...







Monday, June 6, 2011

4 my love

Untuk Special one in my life pun ada hehe untuk anak ada takkan untuk cik abe takde kan Sebenarnya saje2 nak buat surprise kat cik abe. 29hb mei yang lepas besday cik abe, masa ni dia otw blk dari KL.Terkial2 la jugak makcik nak siapkan kek ni,almaklumlah dah kesuntukan masa. Cik abe pun dah dekat nak sampai rumah.Nasib baiklah sempat jugakla aku menyiapkan kek ini.
Kalau ikutkan beli lagi jimat.Bukan itu saje kek pun cantik rasanya pun sedap. Tapi kenapa aku sanggup bersusah payah untuk sebijik kek? Sebabnya aising aku masih banyak nanti membazir pulak huahua …takdala, sesekali biarlah cik abe merasa air tangan aku ni..biar dia tahu aku pun reti buat kek ni walau tak terror manapun.

Kek ni tak sempat dipotong kat sini, keesokkan pagi aku angkut kek ni ke kampung.Balik kg sempena cuti sekolah. Kek ni dah jadi ole2 la pulak.

Sunday, May 1, 2011

Ku-Ku Duckbill


Sekarang dah jadi trend untuk memiliki botol susu BPA FREE. Dikatakan botol susu yang bpa free dapat mengelakkan toksin atau bahan kimia dari botol susu mengalir ke dalam badan anak kita. Terdapat pelbagai jenama di kedai dan harga pun average sahaja bagi setiap jenama.

Sebelum ini aku hanya menggunakan botol susu biasa sahaja, yang mana harganya jauh lebih murah.Kadang 3 botol susu tak sampai rm15 pun. Bunyinya memang jimat, tapi kalau dicampur kos menukar botol susu ini 3 bulan sekali harganya sudah melebihi harga membeli sebotol botol susu bpa free ni.Lagi pula botol susu ini mempunyai tempoh selama 5-10 tahun.

Ku-ku duckbill ni aku tak pasti sama ada ianya produk baru atau yang dah lama establish.Rujuk pada kotak dah wujud since 2001.Aku pilih jenama ini kerana putingnya boleh disuai padan dengan yang biasa dikedai.Bagi anak yang susah bertukar puting, sesuailah dengan produk ini.

Sebelum ini aku tak kisah sangat bila orang bercakap tentang bahaya bahan kimia pada botol susu ataupun barang plastik, kini kesedaran itu datang dengan sendiri. Bukannya membeli suatu yang mahal untuk menunjukkan prestij kita, tapi demi kebaikan anak-anak. Bersyukurnya rasa, anak kita mampu menggunakan botol susu sebegini, tapi bagaimana pula anak-anak yang datangnya dari keluarga miskin.Aku harap suatu hari nanti botol susu BPA free ni akan mampu dimilki sesiapa sahaja tak kira miskin atau berada.
Dan sekarang botol susu ini telah dimiliki oleh Aqil dan Aqish...save bajet 10 tahun. In case kalau pecah barulah tukar baru.

Saturday, April 30, 2011

Virus

Gara2 Virus menyerang laptopku, hampir seminggu lebih aku tak dapat nak on9. Entah dari mana datangnya Virus laknat itew hehe..tapi akhirnya virus itu dapat dikesan. Virus itu datangnya dari " Hantu Kak Limah Balik Rumah" haha...

Lepas je virus menyerang, laptop aku terus tak berfungsi. komalah kot.Dah tu semua benda tak boleh nak run.Bila aku cek kat menu all program semua benda dah ditelan oleh virus tersebut.Adus gelabah bukan main lagi aku masa tu,Berpeluh jgklah aku time tu.Masa tu en suami tiada dirumah. Nasib baik en suami seorang yang sabar dan boleh terima hakikat yang laptop telah diserang virus.

Nasib baiklah ada sorang member en suami yang terror bab komputer ni,macam biasa dialah yang menjadi sasaran kami.Walaupun service member ni taklah berapa cemerlang sangat tapi dialah tempat yang suami aku pilih.

Alhamdulillah hari ini, laptop aku kembali ok. Seminggu lebih tak online sampaikan aku terlupa password blog aku ni. Fening aku fikir.Dah berkali2 aku cuba memasukkan password aku but still resultnya incorrect Id. Sampai dah putus asa aku fikir, barulah aku perasan emeil address aku, aku taip 'koma' dan bukannya 'dot' selepas yahoo tu haha...adoyai letih makcik. Itulah yang dikatakan human error.