Showing posts with label kisahku. Show all posts
Showing posts with label kisahku. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Februari,23


Aku suka sangat dengan Lisa ni. Comel dan cute jer wajahnya...tapi taklah peminat fanatik...tak semua citer dan lakonan Lisa aku tgk...sesetengah je aku layan pun...bila usia dah meningkat ni, kadang2 je aku amik tahu pasal artis ni...bukan masa remaja dulu..semua pasal artis amik tahu dan semua lagu hafal..siap ada satu buku khas untuk tepek lagu je haha...
Adala aku terbaca satu artikel..dengar2 Lisa akan berkawen dengan Yusri KRU pada 23 Februari ni...ermm tarikh besday aku tuh hehe...promote nampak Lisa potong kek kawen aku potong kek besday hehe..tapi aku punya kek besday ada kew??? kalau ada pun malaslah nak tepek kat blog nih...bukan takut org kata nak nunjuk tapi kalau kat paka ni kedai kek sweeden tu lah satu2nya kedai kek yang ado pun....mmg dah tahu design kek macam mana...:p
Alahaii dah tua2 begini..oppsss...teringat pesan kawan aku jangan guna istilah 'tua' tapi gunakan 'usia dah meningkat' lebih sedap didengar...dan lebih sopan ayatnya hehe...thanks frend diatas teguran...yalahkan bila usia dah meningkat ni pada aku tak sambut besday pun takpala....cukuplah tanda bersyukur kepada yang maha Esa kerana masih mengizinkan kita berada dialam maya ini....tapi gitulah fitrah manusia ni mesti nak sambut besday kan?? nak2 pula kalau orang tersayang buat dek je mesti moncung je...lps tu mulalah merajuk sendirik :))
Apapun...tak lama lagi besday aku ..promote lagik aku harap Allah taala panjangkan usia aku dan murahkan rezeki buatku serta sihatkan tubuh badanku untuk lebih gigih beribadat kepadaNya..Amin...














Thursday, September 15, 2011

puasa 6

Hari ni sambung balik posa 6. Baru buat 2 hari. Ikutkan nak start hari ahad and then jumaat cukuplah 6 hari. Sabtu dah boleh beraya wah raya lagi hehe...raya untuk diri sendiri le kan.Tapi sekarang schedule sudah lari...sebab sudah 2 hari tinggal.Yang bestnya posa 6 ni suami ku ikut serta. Jadi taklah penat nak masak utk lunch. Anak2, aku tapaukan je makanan utk diaorg. Lagi pun yang no 2 dapat telur mata kebau and kicap dah ok.Hari2 itulah yang dia request kat ibu dia ni.."Ibu nak nasi ngan hicap nga helur" slang abengoh hehe...yang sulung kalau dapat bihun sup dah ok..sekian laporan untuk hari ini..wassalam

Saturday, April 30, 2011

Virus

Gara2 Virus menyerang laptopku, hampir seminggu lebih aku tak dapat nak on9. Entah dari mana datangnya Virus laknat itew hehe..tapi akhirnya virus itu dapat dikesan. Virus itu datangnya dari " Hantu Kak Limah Balik Rumah" haha...

Lepas je virus menyerang, laptop aku terus tak berfungsi. komalah kot.Dah tu semua benda tak boleh nak run.Bila aku cek kat menu all program semua benda dah ditelan oleh virus tersebut.Adus gelabah bukan main lagi aku masa tu,Berpeluh jgklah aku time tu.Masa tu en suami tiada dirumah. Nasib baik en suami seorang yang sabar dan boleh terima hakikat yang laptop telah diserang virus.

Nasib baiklah ada sorang member en suami yang terror bab komputer ni,macam biasa dialah yang menjadi sasaran kami.Walaupun service member ni taklah berapa cemerlang sangat tapi dialah tempat yang suami aku pilih.

Alhamdulillah hari ini, laptop aku kembali ok. Seminggu lebih tak online sampaikan aku terlupa password blog aku ni. Fening aku fikir.Dah berkali2 aku cuba memasukkan password aku but still resultnya incorrect Id. Sampai dah putus asa aku fikir, barulah aku perasan emeil address aku, aku taip 'koma' dan bukannya 'dot' selepas yahoo tu haha...adoyai letih makcik. Itulah yang dikatakan human error.

Saturday, March 26, 2011

Blog Aku

Dah lama aku tak menjenguk blog aku yang terbengkalai ini..
bukan apa disebabkan tak berapa kreatif dan tak berapa pandai
pada awalnya (sekarang pun takla pandai mana hehe)
maka aku biarkan ia tersadai begitu saje hehe..

Berjinak-jinak dgn blog ni dah lama
tapi bahan dan idea tak ada yang menarik
aku ni jenis yang jarang nak update sesuatu yang baru
lagi pula sebelum ni aku lebih banyak luangkan masa utk berFB

Sehinggalah pada suatu hari aku sedar
akan pentingnya ada blog sendiri
disitulah tempat untuk kita luahkan perasaan
gembira,marah, dan sebagainya
jadi why not aku teruskan saje blog aku yang tak seberapa ini.

Mulai dari sekarang aku akan catatkan
apa sahaja perkara penting yang terjadi didalam kehidupan ku
seharian bersama keluargaku yang tercinta
serta bersama teman2 yang kukasihi.