Showing posts with label INFORMASI. Show all posts
Showing posts with label INFORMASI. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

KHABAR GEMBIRA BUAT SEORANG IBU

Assalamualaikum buat semua yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa  ini, sesekali apdetlah apa yang patut...bab2 sawang ni mmg selalulah bersawang blog aku nih..almaklumlah tuannya terlebih rajin hehe...kadang ada idea masa pulak yang takde...lagi satu sekarang ni berokben dah kena potong...pengurus kewangan ambil langkah berjimat cermat dengan menukar pakej...kalau nak beron9 kenalah tunggu dia ada kat rumah...hmmm...tapi takpalah cik abg harap2 langkah ini dapat mempercepatkan naik taraf rumah kita ke fasa 3 wakaka...erm harap2 penantian ini taklah sampai kucing bertanduk ya....
dah terlebih plk berceloteh aku nih...actually aku nak tulis bukan tulis pun copy n paste je apa yang aku terbaca tentang kelebihan menjadi seorang ibu...info ni aku rasa berguna juga buat aku dalam menjalani kehidupan sebagai seorang ibu kepada anak2 ku...boleh juga aku jadikan rujukan dimasa hadapan Kiranya bukanlah info yang berbau sindir menyindir. Kalau nak main igt kat kepala lama2 akan terlupa juga...dalam sehari banyak benda yang nak kena buat dan nak kena fikir. Terutama sekali bab2 masak...dah selesai masak utk tghr dah kena fikir nak masak apa utk esok plk...kalau zaman berdua atau anak baru sorang takda hal kalau kerap mkn kat luar pun...tapi bila anak dah bertambah ni masak lagi jimat...lagipun senang makan kat rumah takdelah penat nak layan karenah anak2 kalau makan kat luar..huh mmg penat gilerr tapi aku kena terima hakikat bahawa suami ku bukannya manager atau org kayo...Oklah mehla pakat2 baca info ni...pasti ianya akan jd panduan buat kita sebagai  seorang ibu ketika mengandung dan ketika membesarkan anak2.


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Sunday, January 29, 2012

Amalkan Sunnah Rasulullah SAW dalam Rumahtangga

Boring2 cenggini apdet blogla kerjanya :)) Kain semua dah berlipat...tunggu yang kat ampaian kering je lagi. Makan tghr pun dah...nak tgk tv macam takda citer best jek....so, inilah kerja cik kak ni kalau ada masa pree begini...Ewah laju plk apdet blog sejak dua menjak ni ek..ada saje tajuk baru yang kuar ya...sapa2 yang rasa rajin nak baca dan rajin sekodeng blog aku ni silakanlah membacanya ek...lagipun apa yang aku rasa bgs aku sharekan aje...hari ni aku nak share pasal hubungan suami isteri sebagaimana yang Rasullullah s.a.w sarankan.Perhubungan suami isteri yang sihat amat dituntut oleh Islam. Amalkan Sunnah Rasullullah s.a.w., InsyaAllah rumah tangga bahagia hingga ke hujung usia walau apa pun ujian dan dugaan yang datang. Inilah antara amalan suami isteri yang Rasulullah s.a.w amalkan. Jadi bila korang baca janganlah plk korang rasa geli ke apa ke..mmg ini yang nabi kita pernah buat..

TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI - Dari Atha` bin Yasar RA, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. dan Aisyah RA biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.” Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau”. (Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)

MANDI BERSAMA ISTERI - Dari Aisyah RA beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana.Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tesebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

MEMBELAI ISTERI - "Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA - Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuahanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA - Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan ..... apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA - Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).


Thursday, January 26, 2012

TONSIL

Alhamdulillah lega rasanya bila anak2 dah baik dari demam. Ni kiranya 1st n3 akulah nak stori mori pasal anak2 yg demam ni..... Oklah diaorg ni demam bukan serentak, kiranya lepas sorang, sorang lagi yg kena.Actually anak2 aku ni baru je lepas kena selsema seminggu sblm raya cina..then sekarang demam balik..mula dengan Aqil, kemudian Aqish diikuti Kaklong.Tapi kali ni demam diaorg agak teruk dengan suhu badan yg tinggi. Lps jumpa doktor barulah aku tahu anak2 aku rupanya ada TONSIL. Dulu dua anak bujang aku sempot sekarang tonsillah pulak...nak buat macammana redha ajelah....tapi yang sadisnya tonsil ni menyebabkan anak2 aku takut nak makan disebabkan perit dan sakit yang amat di bahagian tekak. Disebabkan perut diaorg kosonglah mendorong suhu badan yg tinggi dan masalah biasa yang dihadapi ibu2 lain iaitu anak2 meragam dan merenget2...yang mana ada anak2 yang mengidap tonsil ni tahulah macam manakan? Ok sekarang meh aku nak share dengan uolls pasal tonsil ni jommm...

APAKAH ITU TONSIL
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan.Tisu limfoid boleh membengkak sekiranya ada jangkitan.Apabila terdapat jangkitan didalam tekak sebagai salah satu sistem limfatik ,tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut TONSILITIS atau radang tonsil.
   
APAKAH PENYEBAB DAN GEJALA TONSILITIS
 Tonsilitis boleh disebabkan jangkitan virus atau jangkitan bakteria didalam tekak. jangkitan bakteria boleh meyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Antara gejala tonsil ialah:
  1. sakit tekak yang kadang2 teruk
  2. tidak boleh menelan atau sakit ketika menelan
  3. demam dengan suhu yang tinggi
  4. sakit kepala dan sakit2 badan
  5. suara garau atau hilang suara
  6. kadang2 ada bengkak pada leher
  7. mulut berbau busuk
  8. berdengkur sewaktu tidur
LAGI YANG PERLU KITA TAHU
  • Radang tonsil biasa berlaku dalam umur 3 tahun keatas. Kanak2 2 tahun kebawah biasanya jarang terkena tonsil namun tidak terkecuali.
  • Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya.
  • Penyakit berhenti bernafas ketika tidur boleh disebabkan pembengkakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan.
KAEDAH RAWATAN
Kebiasaannya doktor akan memberi antibiotik kepada pesakit. Pembedahan membuang tonsil adalah jalan terakhir akan lakukan bagi mengelakkan radang tonsil berulang.Tapi awas ada pendapat pakar yang mengatakan pebuangan tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan.
Berbalik kepada kisah anak2 aku tadi, kata doktor tahap radang tonsil yang anak2 aku alami belum lagi sampai ketahap yang membimbangkan. Tapi doktor menasihati sekiranya radang tonsil ini berulang dan terjadi sekitar 5 kali setahun agar tonsil ini dibuang. Gulpps..telan air liur aku mendengarnya...aku tahu tonsil ini pasti akan berulang. Tapi aku harap janganlah sampai ke tahap perlu dibuang.....

 Demam yg 2nd round, Aqiel org pertama 
yang kena. 3hari tak boleh makan sebab sakit sangat
 kat tekak...

Lepas abg ngoh,adik Aqish plk yang ganti
Kali ni ibu penat sikit sbb si kecik asyik nak berdukung dan merenget saje
 minum susu dan makan langsung tak boleh.Air
  liur sendirik pun takleh telan, habis basah baju...

Last, kaklong yang kena...melepek sajalah dia. Azam
tahun ni taknak tinggal sekolah dan kelas KAFA tidak tercapai.Takpalah kaklong,
jangan keciwa...walau attendance tak 100% pun takpa janji  semua subjek dapat A ok...





Saturday, January 21, 2012

CERITA PEREMPUAN YANG LELAKI PATUT TAHU


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Thursday, March 31, 2011

MAKHLUK-MAKHLUK YANG KITA TELAN SECARA TIDAK SEDAR

Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.Mari kita saksikan wajah-wajah mereka sangat menggerunkan!


Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Gelikan rupanya, nasib baik kecik dan tak nampak oleh mata kasar.


Ini pulak imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Lagilah dasyat rupanya..



Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang kita makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini.



Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?



Ini pula gambar lalat hitam yang selalu berterbangan dalam rumah kita. Bengiskan wajah dia ni?