Showing posts with label KISAH ANAK-ANAKKU. Show all posts
Showing posts with label KISAH ANAK-ANAKKU. Show all posts
Tuesday, September 18, 2012
Friday, April 27, 2012
KENANGAN
Assalamualaikum
2,3 hari kat hotel dah takda kerja
mengisi keboringan aku ni dengan apdet blog ler
actually citer aku taklah menarik mana pun
bercerita pasal anak2 yang tak sihat je
sekadar mencatat kenangan masa
di KL...lps ni ntah bilalah nak sampai
lagi ke kolumpur nii
kenangan pun taklah sweet tapi cukuplah utk aku belek
semula dan igt kembali detik2 yang tak berapa best ni ;))
Hari ni hari last kami dihotel Concorde ni
Hati aku dah sampai kat paka dah
1st time aku rasa tak seronok duduk kat hotel
mungkin sebab anak2 tak sihat kot buat mood aku pun tak ceria
lagi satu sebab cik abg training
masa utk kemana2 lps hbs training singkat sgt
campur ngan jem kat KL ni kitaorg sempat pergi cari tempat
nak isi perut je
Semalam bawa anak2 jumpa doktor
tak tenang aku bila tgk anak2 tak boleh tidur
termengah2 batuk
telan ubat pun macam tak ok je
last aku terpaksa cari klnk jugak
jumpa klnk kat area tmpt kerja aku dolu2
kat Taman Melawati..KOHILAL MEDICAL CENTRE punyalah jauh mencari
sbb yang area aku stay ni almostly dah ttp kul 5 ptg
Lepas jumpa doktor dan bagi bantuan oksigen( aku kata kena disedut je)
semua ok dapatlah tdr dgn tenang mlm tadi
si bujang yang kecik ni kata doc paru2 clear cuma selsemalah yg tak
baik2 lagi
Yang ni mmg ada sejarah semput..tapi sebelum jumpa doc
aku dah bagi ubat lelah...bila jumpa doc paru2 dah clear
But aqiel kena sedut jgk sbb takut semputnya
berulang lps balik hotel
kaklong pun 1st time kena sedut sebab
kahak banyak..kata doc boleh dapat lelah jg kalau tak bg oksigen
hilang semput dah jadi otomen balik abg ngoh hehe...
Thursday, April 26, 2012
Thursday, January 26, 2012
TONSIL
Alhamdulillah lega rasanya bila anak2 dah baik dari demam. Ni kiranya 1st n3 akulah nak stori mori pasal anak2 yg demam ni..... Oklah diaorg ni demam bukan serentak, kiranya lepas sorang,
sorang lagi yg kena.Actually anak2 aku ni baru je lepas kena selsema
seminggu sblm raya cina..then sekarang demam balik..mula dengan Aqil,
kemudian Aqish diikuti Kaklong.Tapi kali ni demam diaorg agak teruk
dengan suhu badan yg tinggi. Lps jumpa doktor barulah aku tahu anak2 aku
rupanya ada TONSIL. Dulu dua anak bujang aku sempot sekarang tonsillah pulak...nak
buat macammana redha ajelah....tapi yang sadisnya tonsil ni menyebabkan
anak2 aku takut nak makan disebabkan perit dan sakit yang amat di bahagian tekak. Disebabkan
perut diaorg kosonglah mendorong suhu badan yg tinggi dan masalah biasa
yang dihadapi ibu2 lain iaitu anak2 meragam dan merenget2...yang mana
ada anak2 yang mengidap tonsil ni tahulah macam manakan? Ok sekarang meh
aku nak share dengan uolls pasal tonsil ni jommm...
APAKAH ITU TONSIL
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan.Tisu limfoid boleh membengkak sekiranya ada jangkitan.Apabila terdapat jangkitan didalam tekak sebagai salah satu sistem limfatik ,tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut TONSILITIS atau radang tonsil.
APAKAH PENYEBAB DAN GEJALA TONSILITIS
Tonsilitis boleh disebabkan jangkitan virus atau jangkitan bakteria didalam tekak. jangkitan bakteria boleh meyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Antara gejala tonsil ialah:
- sakit tekak yang kadang2 teruk
- tidak boleh menelan atau sakit ketika menelan
- demam dengan suhu yang tinggi
- sakit kepala dan sakit2 badan
- suara garau atau hilang suara
- kadang2 ada bengkak pada leher
- mulut berbau busuk
- berdengkur sewaktu tidur
LAGI YANG PERLU KITA TAHU
- Radang tonsil biasa berlaku dalam umur 3 tahun keatas. Kanak2 2 tahun kebawah biasanya jarang terkena tonsil namun tidak terkecuali.
- Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya.
- Penyakit berhenti bernafas ketika tidur boleh disebabkan pembengkakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan.
Kebiasaannya doktor akan memberi antibiotik kepada pesakit. Pembedahan membuang tonsil adalah jalan terakhir akan lakukan bagi mengelakkan radang tonsil berulang.Tapi awas ada pendapat pakar yang mengatakan pebuangan tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan.
Berbalik kepada kisah anak2 aku tadi, kata doktor tahap radang tonsil yang anak2 aku alami belum lagi sampai ketahap yang membimbangkan. Tapi doktor menasihati sekiranya radang tonsil ini berulang dan terjadi sekitar 5 kali setahun agar tonsil ini dibuang. Gulpps..telan air liur aku mendengarnya...aku tahu tonsil ini pasti akan berulang. Tapi aku harap janganlah sampai ke tahap perlu dibuang.....
Demam yg 2nd round, Aqiel org pertama
yang kena. 3hari tak boleh makan sebab sakit sangat
kat tekak...
Lepas abg ngoh,adik Aqish plk yang ganti
Kali ni ibu penat sikit sbb si kecik asyik nak berdukung dan merenget saje
minum susu dan makan langsung tak boleh.Air
liur sendirik pun takleh telan, habis basah baju...
Last, kaklong yang kena...melepek sajalah dia. Azam
tahun ni taknak tinggal sekolah dan kelas KAFA tidak tercapai.Takpalah kaklong,
jangan keciwa...walau attendance tak 100% pun takpa janji semua subjek dapat A ok...
Tuesday, January 17, 2012
ADOYAIII..GERAMNYA IBU
korang tgk gmbr ni..bukan aku nak show of my make up tau
ni ler keja si bongsu daun keladi aku tuh...korang tgklah rupa
bedak and lipstik aku tuu
selamat dikerjakan oleh Aqish Rifqie dengan jayanya
Nak buat cammana nasik dah jadik bubur huhu....
Ibu tengah sembahyang maghrib..wah sedap2 jer dia kerjakan
lipstik aku
Tenang je aku sbyg..tanpa gangguan..
Biasanya dialah jadi imam..suka duk kat depan time aku sbyg
tapi kali ni kusyuk je aku sbyg...kusyuk ke?
Siap je aku sbyg...tak sempat nak baca doa ni...
dia dah tersenyum bangga depan aku sambil tunjuk
tangannnya.....
aduss terus aku menjerit....apalagi memetirlah aku
baru semalam dia kerjakan bedak aku
naik blood presure aku nih
tak sampai sebulan aku beli
dah hancur lebur
huwaaaaa..nak meraung rasanya
pandai pulak dia pilih yang baru, yang lama tak
plk dia usik
sib baik kecik lagi...aku sabarkan jelah hati aku nih
ikutkan tangan mahu jer aku tangankan
budak kecik nih....
dalam byk2 benda kat atas almari tu
make up ibu jgk yg kau pilih
eeeeeeeeee....sabor jelah
hancur lebur bedak aku nih
dah jadik macam seredak dah
Nilah rupa lipstik aku...bukan main lagi
dia tenyeh kat lantai, kat perut, kat muka sampai
empty terus....
dalam pada nak marah..sempat lagi aku snap gmbr
si bongsu daun keladi aku nih nak share ngan korang
bila aku tgk comot mcm ni rasa mcm nak tergelak pun ada
tapi geramnya ibu dik......grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Tuesday, September 20, 2011
Syabas Aqish
Nak kongsi citer pasal anak no 3 aku Aqish Rifqie bin Mohd Yusri..wah fullname gitew...Sekarang usia Aqish sudah 10 bulan ++...Alhamdulillah senang menguruskan Aqish ni, tak thlah sbb masih kecik kan. Nak compare dgn kaklong dan abg ngah, Aqish mudah mesra dengan sesapa saje...dengan kata lain tak takut org la..boleh je sapa2 yang nak dukung dia...tak tahulah sekarang ni ok je aqish kalau jiran2 aku dukung dia..Macam kaklong and abg ngah,Aqish pun cepatlah jugak tunjukkan skill dia..dari meniarap, merangkak dan sekarang berjalan...pada usia 10 bulan Aqish sudah mula belajar menapak.Menjejak kaklong dan abg ngahlah jugak...semuanya tak sampai setahun dah berjalan...tapi kalau awal2 berjalan ni tak larat nak kutip laa...tapi yang best tu kuranglah sendi2 ibu lenguh berdukung dia...
Monday, June 6, 2011
Citer lama
Lamanya tak jenguk blog den nih, sibuk menguruskan budak yang lelah sorang tu. Entah mana datangnya tetiba jer terkena.Tapi kata mak aku masa aku kecik2 dulu, aku pun selalu kena lelah ni.Lelah macam ni kata mak aku bila dah besar ilanglah.Tapi aku tak maulah sampai ke besar, kalau boleh biarlah anak aku cepat baik. Kalau boleh janganla ada lagi lelah selepas ini.



Baru2 ni pun aku dah gelabah bila doktor suruh refer ke hospital dan buat x-tray. Lepas je buat X-tray rupa2nya paru2 Aqil dah ada jangkitan kuman, alhamdulillah nasib baik sikit jer dan belum lagi merebak.Merasalah aqil dok kat wad 3 hari.
Sekarang aqil dah beransur pulih, lelah ilang demamlah pulak…ini semua cubaan dari Allah dan aku redha.First time kena pada hari ulang tahun kelahiran aqil.Aku dah prepare barang kononnya nak buat sendiri kek besday untuk teruna aku ni.Tapi apakan daya aku hanya merancang tuhan yang menentukan.Taklah terbengkalai terus Bila tengok Aqil dah ok, aku pun melaksanakanlah projek yang terbengkalai itu. Sempatlah aqil posing dengan kek besday dia yang tak seberapa itu. Walaupun dah 2 , 3 hari terlajak dari tarikh besday dia.
Sekarang aqil dah beransur pulih, lelah ilang demamlah pulak…ini semua cubaan dari Allah dan aku redha.First time kena pada hari ulang tahun kelahiran aqil.Aku dah prepare barang kononnya nak buat sendiri kek besday untuk teruna aku ni.Tapi apakan daya aku hanya merancang tuhan yang menentukan.
Inilah rupa kek Aqil..tak muat dah nak tulis ‘hepi besday’ just put his name oklah tu kan.
2,3 hari lepas potong kek ni, abg ngah kena masuk spital, cos lelah datang balik.
Subscribe to:
Posts (Atom)









