Saturday, April 30, 2011

Virus

Gara2 Virus menyerang laptopku, hampir seminggu lebih aku tak dapat nak on9. Entah dari mana datangnya Virus laknat itew hehe..tapi akhirnya virus itu dapat dikesan. Virus itu datangnya dari " Hantu Kak Limah Balik Rumah" haha...

Lepas je virus menyerang, laptop aku terus tak berfungsi. komalah kot.Dah tu semua benda tak boleh nak run.Bila aku cek kat menu all program semua benda dah ditelan oleh virus tersebut.Adus gelabah bukan main lagi aku masa tu,Berpeluh jgklah aku time tu.Masa tu en suami tiada dirumah. Nasib baik en suami seorang yang sabar dan boleh terima hakikat yang laptop telah diserang virus.

Nasib baiklah ada sorang member en suami yang terror bab komputer ni,macam biasa dialah yang menjadi sasaran kami.Walaupun service member ni taklah berapa cemerlang sangat tapi dialah tempat yang suami aku pilih.

Alhamdulillah hari ini, laptop aku kembali ok. Seminggu lebih tak online sampaikan aku terlupa password blog aku ni. Fening aku fikir.Dah berkali2 aku cuba memasukkan password aku but still resultnya incorrect Id. Sampai dah putus asa aku fikir, barulah aku perasan emeil address aku, aku taip 'koma' dan bukannya 'dot' selepas yahoo tu haha...adoyai letih makcik. Itulah yang dikatakan human error.

No comments:

Post a Comment