Friday, September 14, 2012

AIR TANGAN AKU (KETUPAT DAUN PALAS)

 Pejam celik pejam celik dah nak habis dah bulan syawal ini
panjang umur dapatlah kita beraya lagi ditahun depan
Insyaallah................................
N3 kali ni nak bercerita pasal raya kitaorang
anak beranak...terlambat sikit publish pasal raya ni
biasaler...ibu beranak 4 kan hehe
takdo masa nak mengadap blog
kalau ada pun time nilah tengah mlm bila anak2 dah tdr
atau pun time cik abg kerja
tenanglah sikit..idea walau pun tak mencurah2 
tapi bolehla tahan :))
citernya pada hari raya pertama
kami semua tak dapat beraya di kampung
Sedey jugak tapi nak buat cam mana sbb cik abg kena kerja
Lps abg balik kerja barulah kami bertolak ke kg
Tapi sehari sebelum raya datanglah mood rajin
nak buat KETUPAT daun palas
almaklumlahkan beraya jauh dari mak aku
biasa mak yang buat semua ni..aku ngadap je
bila lagi nak test skill yang ada kan...tryla buat 
ketupat sendiri...taklah banyak pun sekilo je aku buat pun
tapi oklah menjadiklah jugak...wah banggalah jgk
bila tgk hasilnya...kembang kempis jgklah bila en suami memuji :p
Siap tangkap gmbr lagi nak tunjuk bukti kat mak aku
yang aku pandai buat ketupat haha
tak sempat nak bawak balik kg sbb 
cik abg bawa ke tempat kerja
tggl sikit hbs anak2 aku mkn..
oklah tu terasa jgk raya bila ada ketupat
Ada moral jgk tau dari citer aku ni 
Kekadang kita ni selalu harapkan mak kita utk buat makanan
tradisional ni...bagi kita malasla..tak pandaila..lecehla
beli lagi cepat takyah bersusah payah
itu saje alasan yang selalu kita beri..
memang sekarang semua boleh kita
tunjuk asalkan berduit betulkan??
tapi kalaula ibu kita sudah tiada..takkan ada lagi ketupat dari
air tangan ibu kita untuk juadah di pagi raya..
tapi kalau kita tahu sikit2 cam mana nak buat atau tak th lgsg
belajarla dgn ibu sementara dia masih ada
sekurang2nya anak2 kita pula yang dapat merasa ketupat hasil air tangan kita...

Inilah gmbr yang sempat aku snap sebelum ketupat ini selamat dihadam hehe

  Gmbar pulut yang dah siap dikukus dan sedia utk digaul bersama santan pekat (letak garam dan gula),
kemudian selepas digaul santan pulut ini dikukus sekali lagi ( aku tgk nenek aku kukus dua kali jadi aku pun kukus dua kali lah jugak)
 
 Selepas kukus kali ke 2..pulut bolehla dibungkus dengan daun palas.Inilah rupa ketupat hasil bungkusan
aku...jadiklah tu mmg ginilah rupa ketupat daun palas
 
 Gambar ni plk dah ready dah ketupat ni utk direbus..

 
 Inilah hasilnya setelah masak sepenuhnya...sedap bila dimakan bersama rendang


No comments:

Post a Comment