Saturday, April 9, 2011

Puteri Mandi

Lama dah tak make kuih ni.Kalu tak bule posa meme takdok jual musim ni.Payoh nak jupo ore jual kue ni musim ni.Baru ni g beli nyor kat Kedai Runcit Ana dapat yang mudo jd terilhamlah nak buat kue ni.Sedap pulok rasonya..

Biaso ore buat color hijau,tapi aku buat color merah.Sbbnya masa nak buat aku cari pewarna hijau yang star brand tu takdok.Dah habis tapi aku tak igt nak beli.Jadi aku belasoh je gapo color yang ado.Color tak penting,janji rasanya ok.

Pernah sekali aku buat kue ni warna-warni,hijau ada,merah ada,kuning pun ada.Tapi kelapa dia kena buat warna putihla baru menonjol kue yg berwarna-warni tu.

Sunday, April 3, 2011

Pizza Ku

Semenjak dah terror buat pizza ni..tak main dah buat donat kih..kih..kih.Bukannya apa terasa senang dan cepat.Buat adunan, leperkan ia diatas loyang. Kemudian, letak je apa2 bahan utk dijadikan topping mengikut selera kita. Dalam masa 15 minit dah boleh dihidangkan.

Pizza Ku perisa Kari

Lihatlah betapa saratnya Pizzaku ini..Apalagi terus dimakan ketika masih panas. memang terangkat. Untuk topping aku campur daging dan ayam. Keju aku sengaja lebihkan. sosej dan cendawan butang (dlm tin) aku tambah sebagai hiasan dan untuk menyaratkan pizza ku ini.

Pizza ku with Pasta Sauce

Kalau yang ni kegemaran anak-anak aku..Sebabnya tak pedas. untuk toppingnya seperti biasa aku lebihkan cheese.Ayam dan daging dimasak bersama Pasta Sauce.Ditambah pula dengan capsicum sebagai hiasan. Cendawan butang dan sosej adalah kemestian bagi setiap pizzaku :).

Pizzaku with pasta sauce and crab stick

Pizzaku yang ini aku tukarkan sosej kepada crab stick untuk kelainan. bahan lain seperti biasa. Ternyata memang terangkat (sendiri angkat bakul dah)hehe...Buat sendiri lagi berbaloi dan boleh letak toppingnya sebanyak mungkin.Lagipun kita yang nak makan, jd biarlah puas hati.

Sesuailah untuk hidangan minum petang, sarapan pun boleh. Kalau nak meriah bolehlah berkongsi saat2 kemeriahan kita bersama jiran-jiran. Silaturrahimm dapat dieratkan, perut pun kenyang hehe, apalagi kalau pizza itu pizza pree hehe...

Friday, April 1, 2011

STEAK ALA AKU HEHE...


Steak ala aku kenapa bukan ala Ziana Zain ke..sebab steak ni aku yg bikin jd sesuaii lah g2 dengan namanya...

Sebenarnya Steak ni aku buat sebab anak dara aku dan cik abe dah lama request. Tapi ini bukanlah santapan utk hari ini...dan seminggu berlalu dan dah selamat jd baja pun hehe..biasalah aku nak transfer gambar punyalah mls.Kena tggu betul2 dah byk gmbr baru aku transfer...

Tak tahulah kalau org lain mgkn lain caranya.Tapi aku punya beginilah...side dishes tu aku letak apa yang ado je...cukuplah dengan chessy fries dan oren je...

Oklahkan...kalau menu mkn mlm sesekali kita tukar dengan menu begini,tapi tak bolehla selalu nnt darah tinggi plk kan...

Thursday, March 31, 2011

MAKHLUK-MAKHLUK YANG KITA TELAN SECARA TIDAK SEDAR

Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.Mari kita saksikan wajah-wajah mereka sangat menggerunkan!


Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Gelikan rupanya, nasib baik kecik dan tak nampak oleh mata kasar.


Ini pulak imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Lagilah dasyat rupanya..



Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang kita makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini.



Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?



Ini pula gambar lalat hitam yang selalu berterbangan dalam rumah kita. Bengiskan wajah dia ni?

Saturday, March 26, 2011

Blog Aku

Dah lama aku tak menjenguk blog aku yang terbengkalai ini..
bukan apa disebabkan tak berapa kreatif dan tak berapa pandai
pada awalnya (sekarang pun takla pandai mana hehe)
maka aku biarkan ia tersadai begitu saje hehe..

Berjinak-jinak dgn blog ni dah lama
tapi bahan dan idea tak ada yang menarik
aku ni jenis yang jarang nak update sesuatu yang baru
lagi pula sebelum ni aku lebih banyak luangkan masa utk berFB

Sehinggalah pada suatu hari aku sedar
akan pentingnya ada blog sendiri
disitulah tempat untuk kita luahkan perasaan
gembira,marah, dan sebagainya
jadi why not aku teruskan saje blog aku yang tak seberapa ini.

Mulai dari sekarang aku akan catatkan
apa sahaja perkara penting yang terjadi didalam kehidupan ku
seharian bersama keluargaku yang tercinta
serta bersama teman2 yang kukasihi.